• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Draf pindaan Akta MARA siap tiga bulan

sysniaga@gmail.com by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
in Malaysia
0
Draf pindaan Akta MARA siap tiga bulan
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan draf pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) disiapkan dalam tempoh tiga bulan bagi memperkukuh peranan agensi itu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pindaan berkenaan penting untuk menyelaras fungsi MARA sebagai pemacu utama ekonomi Bumiputera serta pusat sehenti pembangunan melibatkan pelbagai agensi dan dasar berkaitan.

Menurutnya, aspek tadbir urus turut diberi penekanan supaya MARA bukan sahaja lantang memperjuangkan kepentingan Bumiputera, malah lebih tegas dalam pelaksanaan integriti dan ketelusan.

“Dalam tempoh 60 tahun, ada pasang surut termasuk isu tadbir urus yang pernah dipersoalkan. Sebab itu saya mahu akta baharu ini disiapkan segera, tidak perlu ambil masa terlalu lama,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman.

Anwar berkata, pindaan akta itu selari dengan tujuh tujahan utama yang dirangka bagi memastikan MARA terus relevan dan berdaya saing.
Katanya, antara fokus utama termasuk memperkasa MARA sebagai konglomerat berteraskan pendidikan dan keusahawanan, selain meningkatkan penyertaan, pemilikan serta penguasaan Bumiputera dalam ekonomi.

“Selain itu, kita mahu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir, terutama dalam sektor strategik seperti minyak dan gas serta teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan,” katanya.

Beliau berkata, MARA juga perlu memainkan peranan dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menembusi pasaran global termasuk industri halal.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan MARA terus menjadi institusi utama yang memacu pembangunan ekonomi Bumiputera secara inklusif dan mampan.

Next Post

PM tegur politik ketepi fakta isu bekalan global

sysniaga@gmail.com

sysniaga@gmail.com

Related Posts

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
Malaysia

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

by Abu Ammar
July 10, 2026
Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu
Malaysia

Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

by Abu Ammar
July 10, 2026
PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak
Malaysia

PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak

by Abu Ammar
July 8, 2026
Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027
Malaysia

Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027

by Abu Ammar
July 8, 2026
Kerajaan tanggung hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun
Malaysia

Kerajaan tanggung hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun

by Abu Ammar
July 8, 2026
Next Post
PM tegur politik ketepi fakta isu bekalan global

PM tegur politik ketepi fakta isu bekalan global

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

May 7, 2026
Dakwaan ‘duit haram berbilion’ fitnah, Farhash serah kes kepada polis

Dakwaan ‘duit haram berbilion’ fitnah, Farhash serah kes kepada polis

May 7, 2026
Aktivis Sumud Flotilla Ditahan: Tindakan Israel Disifatkan Bacul

Aktivis Sumud Flotilla Ditahan: Tindakan Israel Disifatkan Bacul

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Asean Bakat Madani bukit kayu hitam Diesel bersubsidi e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Kematangan Politik Korban kriptologi Krisis bekalan global Kuasai AI lapan cedera Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Liga Kedah Majlis Ilmu Madani Majlis Media Malaysia Media Gazette Memorial Negarawan MMM Myvi orang asli PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Petronas PM Singapura Politik perkauman PRN PRU16 Rasuah Rusia Sadao Tuanku Muhriz Turkmenistan UniMAP UPSI UUM Wartawan
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan
  • Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
  • Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.