• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Diesel Bersubsidi Turun Kepada RM2.10 Mulai Julai

Abu Ammar by Abu Ammar
June 23, 2026
in Malaysia
0
Diesel Bersubsidi Turun Kepada RM2.10 Mulai Julai

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Penyerahan Cek Susulan Penukaran Status Pelabuhan Bintulu dari Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri di Bintulu, Sarawak. 21 Jun 2026. AMIR IRSYAD/Pejabat Perdana Menteri.

0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bintulu: Kerajaan mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi di seluruh negara kepada RM2.10 seliter bermula Julai ini menerusi mekanisme penyasaran subsidi yang menggunakan pengesahan MyKad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu membolehkan rakyat di Sabah dan Sarawak menikmati kadar harga yang sama seperti pengguna di Semenanjung.

Menurutnya, harga diesel bersubsidi akan diturunkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter bagi semua rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan diesel.

“Mulai Julai, harga diesel bersubsidi diselaraskan kepada RM2.10 seliter di seluruh negara. Ini bermakna rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan menikmati kadar yang sama melalui penggunaan MyKad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri di Menara Kidurong, di sini.

Anwar berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi itu dibuat bagi memastikan bantuan kerajaan hanya dinikmati golongan yang layak selain mengurangkan ketirisan serta mengekang aktiviti penyeludupan bahan api.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam kenyataan berasingan memaklumkan subsidi diesel akan diberikan terus kepada rakyat Malaysia melalui sistem pengesahan MyKad, manakala bukan warganegara perlu membeli diesel pada harga pasaran tanpa subsidi.

Menurut kementerian itu, ketika ini diesel dijual pada harga RM2.15 seliter di Sabah dan Sarawak, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung mencecah RM4.37 seliter.

Katanya, penyelarasan baharu itu akan memastikan bukan warganegara tidak lagi menikmati subsidi diesel, selain memberi manfaat kepada pemilik kenderaan diesel di Sabah dan Sarawak melalui pengurangan harga sebanyak lima sen seliter.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan mekanisme penyasaran subsidi diesel itu dijangka diumumkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Tags: Diesel bersubsidiKedah GazetteMedia Gazette
Previous Post

Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik

Next Post

Fahmi Mahu Permukiman Media Jadi Acara Tetap HAWANA

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur
Malaysia

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

by Abu Ammar
July 23, 2026
Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah
Malaysia

Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

by Abu Ammar
July 23, 2026
101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar
Malaysia

101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar

by Abu Ammar
July 21, 2026
MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK
Malaysia

MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK

by Abu Ammar
July 14, 2026
Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
Malaysia

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

by Abu Ammar
July 10, 2026
Next Post
Fahmi Mahu Permukiman Media Jadi Acara Tetap HAWANA

Fahmi Mahu Permukiman Media Jadi Acara Tetap HAWANA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik

Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik

June 20, 2026
PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak

PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak

July 8, 2026
Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

July 10, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam coding Diesel bersubsidi Dirempuh e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global lapan cedera Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz UniMAP UPSI UUM Wartawan Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
  • UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
  • Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.