• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Dunia

Malaysia perlu lebih berani teroka pasaran Rusia

Ammar Haziq by Ammar Haziq
June 19, 2026
in Dunia
0
Malaysia perlu lebih berani teroka pasaran Rusia

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia di Kazan sebelum berlepas ke Turkmenistan. 18 Jun 2026. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. MAND

0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KAZAN: Malaysia perlu bertindak lebih berani dan agresif dalam meneroka peluang ekonomi baharu termasuk memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan serta tenaga dengan Rusia dan negara berpotensi lain bagi memastikan negara tidak terus ketinggalan dalam persaingan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan terlalu berhati-hati dalam hubungan antarabangsa sebelum ini perlu dinilai semula supaya lebih banyak manfaat ekonomi dapat dibawa pulang untuk rakyat.

Beliau berkata, pengiktirafan yang diterima Malaysia di peringkat antarabangsa perlu diterjemahkan kepada peningkatan perdagangan, pelaburan dan kerjasama strategik yang memberi pulangan kepada negara.

“Dalam beberapa bidang, kita perlu lebih ke hadapan, lebih agresif dan lebih berani walaupun ada pertimbangan geopolitik yang menyebabkan kita terlalu berhati-hati sebelum ini.

“Kalau kita terlalu perlahan, kita akan ketinggalan dan perkara itu amat membimbangkan,” katanya pada sidang media penutup selepas menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di sini, hari ini.

Menurutnya, antara sektor yang perlu diberi perhatian ialah kerjasama tenaga termasuk peluang mendapatkan bekalan minyak dari Rusia.

Katanya, hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dan Rusia perlu dimanfaatkan dengan lebih berkesan demi kepentingan ekonomi negara.

“Isu minyak dari Rusia adalah perkara yang sangat penting dan hubungan kita dengan Rusia sangat baik.

“Namun, kita agak terlalu berhati-hati dalam membawa perkara ini secara lebih tegas dan itu yang perlu kita lakukan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia turut perlu menilai semula pendekatan hubungan dengan beberapa negara lain termasuk Myanmar, Afghanistan dan Iran bagi membuka lebih banyak ruang kerjasama.

Beliau berkata, hasil pertemuan dengan pemimpin serta pelabur sempena Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia, Majlis Kerjasama Shanghai dan Suruhanjaya Ekonomi Eurasia menunjukkan masih terdapat ruang yang boleh dipertingkatkan.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan kejayaan Rusia memodenkan sektor pertanian selepas berdepan sekatan Barat sebagai contoh yang wajar dikaji Malaysia.

Katanya, negara itu berjaya mengurangkan kebergantungan terhadap import dalam tempoh singkat menerusi penggunaan teknologi dan pemodenan sektor pertanian.

“Perkara ini perlu diteliti oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Kementerian Ekonomi supaya beberapa penyesuaian dapat dilakukan.

“Selain industri dan pelaburan, kerjasama dalam bidang pertanian moden juga perlu diberi perhatian,” katanya.

Dalam sektor pendidikan, Anwar berkata, beliau turut membincangkan peluang memperluaskan akses pendidikan kepada pelajar Malaysia bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Menurutnya, Rusia bersedia menambah peluang pengajian termasuk biasiswa kepada pelajar Malaysia, selain membuka ruang dalam bidang strategik seperti teknologi angkasa, kecerdasan buatan (AI) dan digital.

Beliau berkata, ketika ini kira-kira 500 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di Rusia dalam pelbagai bidang termasuk sains perubatan.

Selain Rusia, Anwar berkata, negara Asia Tengah seperti Uzbekistan, Turkmenistan dan Kazakhstan juga memiliki potensi ekonomi yang semakin berkembang dan perlu diberi perhatian dalam usaha Malaysia memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa.

Tags: AseanKedah GazetteMedia GazetteRusia
Previous Post

PM Cadang RM5 Juta Hidupkan Semula Memorial Negarawan

Next Post

Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik

Ammar Haziq

Ammar Haziq

Related Posts

Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik
Dunia

Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik

by Ammar Haziq
June 20, 2026
Dunia perlu kepimpinan berwawasan, bukan sekadar kuasa – PM
Dunia

Dunia perlu kepimpinan berwawasan, bukan sekadar kuasa – PM

by Ammar Haziq
June 10, 2026
AI berisiko jadi bentuk baharu penjajahan digital – PM
Dunia

AI berisiko jadi bentuk baharu penjajahan digital – PM

by Ammar Haziq
June 10, 2026
PM Singapura puji semangat umat Islam hadapi cabaran korban
Dunia

PM Singapura puji semangat umat Islam hadapi cabaran korban

by Media Gazette
June 1, 2026
Aktivis Sumud Flotilla Ditahan: Tindakan Israel Disifatkan Bacul
Dunia

Aktivis Sumud Flotilla Ditahan: Tindakan Israel Disifatkan Bacul

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik

Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Fahmi Mahu Permukiman Media Jadi Acara Tetap HAWANA

Fahmi Mahu Permukiman Media Jadi Acara Tetap HAWANA

June 23, 2026
PM Cadang RM5 Juta Hidupkan Semula Memorial Negarawan

PM Cadang RM5 Juta Hidupkan Semula Memorial Negarawan

June 18, 2026
Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Asean Bakat Madani bukit kayu hitam Diesel bersubsidi e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Kematangan Politik Korban kriptologi Krisis bekalan global Kuasai AI lapan cedera Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Liga Kedah Majlis Ilmu Madani Majlis Media Malaysia Media Gazette Memorial Negarawan MMM Myvi orang asli PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Petronas PM Singapura Politik perkauman PRN PRU16 Rasuah Rusia Sadao Tuanku Muhriz Turkmenistan UniMAP UPSI UUM Wartawan
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan
  • Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
  • Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.