• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

Abu Ammar by Abu Ammar
July 10, 2026
in Malaysia
0
Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebarang aduan terhadap wartawan daripada organisasi media yang diiktiraf tidak lagi boleh membawa kepada tindakan serta-merta, sebaliknya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, mekanisme itu diwujudkan bagi memastikan sebarang tindakan terhadap pengamal media dilakukan secara adil, telus dan bebas, selain mengelakkan wartawan disiasat atau didakwa tanpa penelitian sewajarnya.

Menurutnya, wartawan tidak seharusnya dikenakan tindakan hanya berdasarkan aduan yang diterima daripada mana-mana pihak, sebaliknya MMM akan berperanan sebagai badan semakan awal sebelum tindakan lanjut diputuskan.

“Tiada undang-undang di dunia yang memberi kebebasan mutlak kepada media. Semua pihak, termasuk pengamal media, tetap tertakluk kepada undang-undang.

“Namun, saya bersetuju wartawan tidak harus diheret dengan mudah dalam kes yang hanya membabitkan kritikan terhadap jabatan kerajaan. Sebab itu kita wujudkan MMM supaya setiap aduan dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai pendirian kerajaan terhadap undang-undang yang membolehkan pengamal media dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Anwar berkata, penubuhan MMM membuktikan komitmen kerajaan memperkukuh kebebasan media secara bertanggungjawab, di samping memastikan profesion kewartawanan terus dilindungi dalam kerangka perundangan negara.

Katanya, sepanjang setahun lalu tiada pendakwaan dikenakan terhadap wartawan walaupun pelbagai aduan diterima.

Mengulas dakwaan penggunaan logo Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada siaran Facebook berkaitan program politik, beliau berkata perkara itu akan disemak sekiranya dakwaan berkenaan benar.

Beliau turut mengingatkan mana-mana pihak yang mendapati kandungan media sosial tidak tepat supaya mengemukakan aduan kepada platform berkaitan atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

Tags: Anwar IbrahimKedah GazetteMedia GazetteMMMWartawan
Previous Post

PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak

Next Post

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur
Malaysia

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

by Abu Ammar
July 23, 2026
Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah
Malaysia

Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

by Abu Ammar
July 23, 2026
101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar
Malaysia

101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar

by Abu Ammar
July 21, 2026
MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK
Malaysia

MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK

by Abu Ammar
July 14, 2026
Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
Malaysia

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

by Abu Ammar
July 10, 2026
Next Post
Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

May 7, 2026
Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

July 23, 2026
UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global

UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global

July 23, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam coding Diesel bersubsidi Dirempuh e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global lapan cedera Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz UniMAP UPSI UUM Wartawan Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
  • UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
  • Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.