• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Bisnes

550,000 pengunjung dijangka banjiri Temasya Orang Kedah 2026

Abu Ammar by Abu Ammar
July 14, 2026
in Bisnes
0
550,000 pengunjung dijangka banjiri Temasya Orang Kedah 2026
0
SHARES
13
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 550,000 pengunjung dijangka membanjiri acara pelancongan ikonik di negeri ini, Temasya Orang Kedah (TOK) 2026 yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 30 Julai hingga 2 Ogos depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd. Salleh Saidin berkata, penganjuran acara tahunan yang memasuki edisi ke-6 kali ini, dijangka lebih meriah dengan sembilan daerah bakal mengenengahkan identiti masing-masing termasuk dari aspek budaya dan gastronomi.

“Temasya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman ini ini merupakan festival pelancongan budaya terbesar di Kedah yang menghimpunkan keunikan seni, budaya, warisan, makanan tradisi serta identiti masyarakat Kedah dalam satu platform.

“Acara ini dijangka menjadi tarikan kepada sektor pelancongan negeri berteraskan tema ‘Experience Kedah’, sekali gus memberi pengalaman secara langsung terhadap pengunjung mengenai keunikan negeri ini. Kita yakin, acara yang diadakan secara tahun ini akan terus meletakkan kedah sebagai destinasi pelancongan yang unik dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penganjuran TOK 2026 bersama agensi terlibat di Wisma Darul Aman di sini.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd. Amran Mohd. Harris berkata, penganjuran TOK 2026 bukan saja bertujuan untuk melestarikan budaya Kedah, malah turut membantu memperkukuhkan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

“Temasya ini juga bertindak sebagai platform utama dalam mengekalkan identiti budaya tempatan selain memperkukuhkan seni dan budaya bagi menarik kehadiran pelancong,” katanya.

Selain pameran dan aktiviti berkaitan kebudayaan, kesenian dan warisan negeri, temasya tersebut akan turut dipenuhi dengan festival makanan tempatan terbesar melibatkan lebih 125 perniagaan yang memenuhi pekarangan Stadium Darul Aman.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Kedah Tourism, Mohd. Zaidy Omar memaklumkan, pihaknya turut menjalankan kerjasama bersama beberapa pihak bagi menarik kedatangan pelancong luar negara termasuk dari Thailand.

“Pada tahun lalu, kita turut menerima kedatangan pelancong dari luar negara antaranya Thailand dan Singapura. Tahun ini, usaha promosi itu akan diteruskan bagi memastikan lebih ramai pelancong akan hadir ke temasya tersebut,” katanya.

Tags: Kedah GazetteMedia GazetteTemasya Orang Kedah
Previous Post

Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan

Next Post

MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan
Bisnes

Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan

by Abu Ammar
July 11, 2026
Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani
Bisnes

Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

by Abu Ammar
July 8, 2026
AirTrunk Tambah Pelaburan RM12 Bilion, Kukuh Kedudukan Malaysia
Bisnes

AirTrunk Tambah Pelaburan RM12 Bilion, Kukuh Kedudukan Malaysia

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet
Bisnes

Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK

MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

May 7, 2026
Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan

Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan

July 11, 2026
Penuntut IPTS Berdepan Hukuman Mati Edar Ganja Bernilai RM1.17 Juta

Penuntut IPTS Berdepan Hukuman Mati Edar Ganja Bernilai RM1.17 Juta

June 25, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Asean Bakat Madani bukit kayu hitam Diesel bersubsidi e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global Kuasai AI lapan cedera Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Liga Kedah Majlis Ilmu Madani Majlis Media Malaysia Media Gazette Memorial Negarawan MMM Myvi orang asli PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Petronas PM Singapura Politik perkauman PRU16 Rasuah Rusia RUU Kebebasan Maklumat Sadao Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz Turkmenistan UniMAP UPSI UUM Wartawan
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK
  • 550,000 pengunjung dijangka banjiri Temasya Orang Kedah 2026
  • Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.