• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Lain-Lain

Umat Islam perlu kuasai AI, teknologi baharu elak terus ketinggalan 

Ammar Haziq by Ammar Haziq
June 6, 2026
in Lain-Lain
0
Umat Islam perlu kuasai AI, teknologi baharu elak terus ketinggalan 
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya segera menguasai ilmu dan teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum serta teknologi tenaga baharu bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan dalam persaingan global.

Perdana Menteri berkata, tamadun Islam yang pernah gemilang suatu ketika dahulu dibangunkan berasaskan kekuatan ilmu, justeru penguasaan teknologi masa depan perlu menjadi agenda utama umat Islam hari ini.

Katanya, dunia kini sedang bergerak pantas ke arah penggunaan AI dan pelbagai teknologi canggih yang bakal menentukan kemajuan sesebuah negara.

“Cabaran utama umat Islam ialah mengejar ilmu dan mengamalkannya.

Sekarang semua negara dunia berlumba-lumba menuju ke arah penguasaan AI.

“Saya baru meninjau Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) yang membincangkan mengenai pengkomputeran kuantum. Ini semua teknologi dan ilmu baharu yang perlu kita ceburi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan mukadimah pada Majlis Ilmu MADANI Perdana Menteri Malaysia Bersama Ulama di sini.

Turut hadir pendakwah antarabangsa, Syeikh Muhammad Hydara al-Jilani dan Syeikh Habib Ali Zainal Abidin.

Anwar berkata, perkembangan teknologi dalam sektor tenaga termasuk peralihan daripada bahan api fosil kepada hidrogen dan penggunaan kenderaan elektrik (EV) turut membuktikan perubahan besar yang sedang berlaku di peringkat global.

“Kalau kita gagal menguasai semua ini, kita akan terus ketinggalan, mundur dan dipandang rendah oleh negara lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kekuatan ilmu semata-mata tidak mencukupi tanpa dipandu oleh akidah, iman dan akhlak yang kukuh.

Menurutnya, sejarah membuktikan tamadun Islam pernah menjadi rujukan dunia kerana melahirkan ramai sarjana dan cendekiawan yang menguasai pelbagai bidang ilmu.

“Islam berkembang sebagai satu tamadun yang berpengaruh kerana asasnya ialah ilmu. Namun ilmu yang dimaksudkan bukan hanya sains dan teknologi, tetapi ilmu yang mempunyai hubungan rapat dengan akidah,” katanya.

Tags: Anwar IbrahimKedah GazetteKuasai AIMajlis Ilmu MadaniMedia Gazette
Previous Post

Tiada Keperluan PRU16, Kerajaan Mahu Tumpu Tadbir Negara

Next Post

PM tinjau pusat kriptologi negara, saksikan penubuhan CSCDC

Ammar Haziq

Ammar Haziq

Related Posts

Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
Lain-Lain

Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan

by Abu Ammar
July 30, 2026
UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
Lain-Lain

UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global

by Abu Ammar
July 23, 2026
Pemandu Myvi tersepit, lapan cedera nahas tiga kenderaan
Lain-Lain

Pemandu Myvi tersepit, lapan cedera nahas tiga kenderaan

by Abu Ammar
June 28, 2026
Universiti bukan lubuk rasuah tapi berisiko
Lain-Lain

Universiti bukan lubuk rasuah tapi berisiko

by Abu Ammar
June 25, 2026
Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai
Lain-Lain

Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai

by Ammar Haziq
June 7, 2026
Next Post
PM tinjau pusat kriptologi negara, saksikan penubuhan CSCDC

PM tinjau pusat kriptologi negara, saksikan penubuhan CSCDC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Lelaki Tidak Mengaku Pukul Isteri Guna Pelbagai Objek

Lelaki Tidak Mengaku Pukul Isteri Guna Pelbagai Objek

May 7, 2026
Pelantikan Nallini perkukuh imej Majlis Media Malaysia – PM

Pelantikan Nallini perkukuh imej Majlis Media Malaysia – PM

June 23, 2026
Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam coding Diesel bersubsidi Dirempuh e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global lapan cedera Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz UniMAP UPSI UUM Wartawan Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
  • UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
  • Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.