• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut

Abu Ammar by Abu Ammar
October 7, 2026
in Malaysia
0
Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut
0
SHARES
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Dua hari keluarga dan rakan sekerja menaruh harapan untuk menemui seorang lelaki berusia 60 tahun yang gagal dihubungi, namun penantian itu berakhir dengan berita memilukan apabila dia ditemukan maut di dasar gaung sedalam kira-kira 100 meter, di Jalan Ladang Pos Pulat di sini.

Petunjuk terakhir yang ditinggalkan mangsa menerusi “live location” pada petang Ahad membawa rakan sekerjanya ke kawasan berkenaan pada Selasa.

Di situlah mereka akhirnya menemukan pikap Toyota Hilux yang dipandu mangsa tersadai jauh di bawah cerun.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada Ahad, dua hari sebelum mangsa dan kenderaannya ditemukan.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, “live location” lelaki berkenaan kali terakhir dikesan di sekitar kawasan kejadian pada petang tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang memandu kenderaan itu sebelum terbabas ke dalam gaung ketika menuruni bukit,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Choon Foo berkata, kejadian berkenaan dipercayai tidak disedari orang awam kerana tiada individu yang menyaksikan kemalangan tersebut.

Katanya, pencarian diteruskan selepas mangsa gagal dikesan sebelum rakan sekerjanya menjejaki lokasi terakhir “live location” yang dikongsikan.

“Setibanya di lokasi, mereka menemukan kenderaan mangsa di dasar gaung,” katanya.

Menurutnya, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian dibawa naik dari dasar gaung dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Tags: Hilangjatuh gaungKedah GazetteMedia Gazette
Previous Post

AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi

Next Post

UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
Malaysia

UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat

by Abu Ammar
October 9, 2026
Buli di sekolah : KPM perlu perkukuh pencegahan, disiplin dan perlindungan guru
Malaysia

Buli di sekolah : KPM perlu perkukuh pencegahan, disiplin dan perlindungan guru

by Abu Ammar
October 6, 2026
PEKA suluh harapan, bekal banduan bina hidup baharu
Malaysia

PEKA suluh harapan, bekal banduan bina hidup baharu

by Abu Ammar
October 2, 2026
Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026
Malaysia

Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026

by Abu Ammar
September 18, 2026
Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO
Malaysia

Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

by Abu Ammar
September 16, 2026
Next Post
UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat

UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

June 7, 2026
Tiada Keperluan PRU16, Kerajaan Mahu Tumpu Tadbir Negara

Tiada Keperluan PRU16, Kerajaan Mahu Tumpu Tadbir Negara

June 5, 2026
Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

July 23, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar barang kemas bukit kayu hitam Buli coding Dirempuh e-invois Felda Feri berlanggar HAWANA Hilang Kedah Gazette Korban kpm Krisis bekalan global KRT Kuasai AI Langkawi Lemas dalam longkang Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Nenek jumpa cucu PEKA Penjara Politeknik PSM Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah terbaring di dewan UMNO Kedah UPSI Usia 102 tahun UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
  • Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut
  • AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.