• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Gaya hidup

AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi

Abu Ammar by Abu Ammar
October 6, 2026
in Gaya hidup
0
AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi
0
SHARES
35
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seramai 111 peserta daripada pelbagai latar belakang menyertai Bengkel Fizikal A.I Mega Langkawi 2026 yang berlangsung di Dewan Besar, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), di sini.

Program anjuran Prompt Lab Technology itu menghimpunkan peserta terdiri daripada profesional, pengamal teknologi, penjawat awam, kakitangan sektor swasta, usahawan dan pelajar sekolah.

Pengarah Program, Kapten Ts. Dr. Baharin Baharom berkata, penyertaan pelbagai kelompok itu menunjukkan penguasaan kecerdasan buatan (AI) semakin dilihat sebagai satu kemahiran penting yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan, pendidikan dan pekerjaan.

Menurutnya, AI bukan lagi teknologi yang hanya berkaitan dengan golongan profesional atau mereka yang bekerja dalam bidang teknologi.

“AI sudah menjadi sebahagian daripada realiti kehidupan, pendidikan dan dunia pekerjaan hari ini.

“Masyarakat bukan sahaja perlu menjadi pengguna teknologi, tetapi perlu diberikan pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan AI secara produktif, kreatif, beretika dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program berkenaan yang turut mendapat sokongan serta tajaan daripada 25 rakan strategik.

Katanya, kerjasama sektor korporat, kerajaan, institusi pendidikan dan komuniti amat penting bagi memastikan pendedahan mengenai AI dapat diperluaskan kepada lebih ramai masyarakat.

“Pembangunan kemahiran AI tidak seharusnya digerakkan oleh satu pihak sahaja kerana ia memerlukan kerjasama semua sektor.

“Sokongan 25 rakan strategik menunjukkan komuniti perniagaan turut melihat kepentingan pembangunan teknologi dan modal insan,” katanya.

Sementara itu, Ts. Siti Nordianah Hai Hom dari Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, program seumpama itu wajar diperluaskan bagi memastikan lebih ramai masyarakat mendapat pendedahan mengenai penggunaan AI.

Menurutnya, kemahiran AI tidak sepatutnya dilihat sebagai keperluan eksklusif golongan profesional atau pakar teknologi.

“AI adalah untuk semua termasuk masyarakat yang hidup, belajar dan bekerja di luar lingkungan teknologi.

“Apa yang penting ialah memberi peluang kepada mereka untuk mengenali, memahami dan menggunakan teknologi ini dengan cara yang betul,” katanya.

Bengkel selama tiga hari itu memberi penekanan kepada pembelajaran secara praktikal termasuk Generative AI, teknik prompt engineering, penulisan dan komunikasi, penghasilan kandungan visual serta persembahan, analisis data dan penggunaan AI secara selamat serta bertanggungjawab.

Bagi peserta, Lithashini Veloo dari Cuti-Cuti Langkawi, bengkel berkenaan membuka perspektif baharu mengenai kemampuan AI selepas sebelum ini hanya menggunakannya untuk menghasilkan gambar.

“Sebelum ini saya hanya tahu menggunakan aplikasi AI untuk menghasilkan gambar.

“Selepas mengikuti kursus ini, saya belajar begitu banyak perkara termasuk menghasilkan video daripada gambar statik dan bagaimana AI boleh membantu memudahkan urusan kerja,” katanya.

Pengalaman sama turut dikongsi Ts. Dr. Zamrul Rusli Zambri dari Selangor yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Menurutnya, meskipun mempunyai latar belakang dalam bidang teknologi, beliau masih memperoleh banyak pengetahuan baharu sepanjang mengikuti bengkel tersebut.

“Kursus ini sangat bermanfaat. Walaupun saya bekerja dalam bidang IT, kemahiran AI ini masih baharu bagi saya.

“Saya berusia 50-an dan dapat mengikuti pembelajaran bersama pelajar sekolah serta generasi muda. Ini menunjukkan AI boleh dipelajari oleh semua peringkat umur,” katanya.

Beliau turut berharap program seumpama itu diteruskan bagi memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat mempelajari kemahiran berkaitan AI.

Menurut Baharin, penyertaan 111 peserta daripada pelbagai kelompok bersama sokongan 25 rakan strategik memberi gambaran bahawa masyarakat semakin bersedia mempelajari dan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi AI.

Katanya, usaha memperluaskan literasi AI penting bagi membolehkan masyarakat menggunakan teknologi berkenaan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti serta membuka peluang baharu dalam pekerjaan dan perniagaan.

“Kita tidak mahu masyarakat hanya menyaksikan revolusi AI berlaku di hadapan mata.

“Kita mahu mereka menjadi sebahagian daripada revolusi itu dengan memahami teknologi, menguasai kemahiran dan menggunakannya untuk mencipta nilai,” katanya.

Tags: Kedah GazetteKuasai AILangkawiMedia Gazette
Previous Post

Buli di sekolah : KPM perlu perkukuh pencegahan, disiplin dan perlindungan guru

Next Post

Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Rahsia umur panjang Tok Bedah usia 102 tahun
Gaya hidup

Rahsia umur panjang Tok Bedah usia 102 tahun

by Abu Ammar
October 5, 2026
Rakyat disaran ubah tabiat penggunaan hadapi gangguan bekalan global
Gaya hidup

Rakyat disaran ubah tabiat penggunaan hadapi gangguan bekalan global

by Ammar Haziq
June 10, 2026
Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua
Gaya hidup

Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut

Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

July 8, 2026
550,000 pengunjung dijangka banjiri Temasya Orang Kedah 2026

550,000 pengunjung dijangka banjiri Temasya Orang Kedah 2026

July 14, 2026
Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

June 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar barang kemas bukit kayu hitam Buli coding Dirempuh e-invois Felda Feri berlanggar HAWANA Hilang Kedah Gazette Korban kpm Krisis bekalan global KRT Kuasai AI Langkawi Lemas dalam longkang Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Nenek jumpa cucu PEKA Penjara Politeknik PSM Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah terbaring di dewan UMNO Kedah UPSI Usia 102 tahun UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
  • Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut
  • AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.