• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Gaya hidup

Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

sysniaga@gmail.com by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
in Gaya hidup
0
Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Ribuan pengunjung membanjiri Dataran Jam Besar Sungai Petani sempena penganjuran Darul Aman Retro Edisi Ke-8 (DARE 8) yang berlangsung selama dua hari bermula 2 Mei lalu.

Mengangkat tema “Nostalgia Kedah Tua”, program berkenaan berjaya menghimpunkan peminat automotif klasik, penggemar budaya retro serta komuniti tempatan dalam suasana penuh nostalgia.

Penganjuran kali ini turut menyaksikan penutupan beberapa laluan utama di sekitar lokasi acara bagi melancarkan perjalanan program berskala besar itu dengan kelulusan pihak berkuasa.

Pengarah Program DARE, Arahman Ahmad berkata, penganjuran tersebut bukan sekadar acara hiburan, sebaliknya platform menghidupkan kembali warisan Kedah yang semakin dilupakan.

“Program ini memberi peluang kepada generasi hari ini merasai suasana Kedah lama selain menghimpunkan komuniti retro dari seluruh negara,” katanya.

Pelbagai tarikan menjadi tumpuan pengunjung termasuk pameran kereta dan motosikal klasik, himpunan kenderaan JDM, pertandingan busana retro serta permainan tradisional.

Turut mencuri perhatian ialah “Selam Fest” yang menampilkan vendor bundle, pasar karat dan barangan preloved, selain persembahan istimewa oleh Ramli Sarip yang menghangatkan suasana dengan lagu berkonsep nostalgia.

Selain itu, kehadiran selebriti seperti Amir Raja Lawak dan Mat Khuda turut menambah kemeriahan acara.

Sejak diperkenalkan pada 2012, DARE terus berkembang dan menjadi antara himpunan retro terbesar di utara Semenanjung, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai platform memartabatkan budaya dan gaya hidup klasik.

Dalam masa sama, penganjuran acara itu dilihat memberi limpahan ekonomi kepada peniaga tempatan serta memperkukuh Sungai Petani sebagai lokasi penganjuran acara berskala besar di Kedah.

Dengan sambutan yang terus meningkat, DARE dijangka kekal sebagai acara tahunan penting dalam kalendar pelancongan negeri

Previous Post

PM tegur politik ketepi fakta isu bekalan global

Next Post

Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

sysniaga@gmail.com

sysniaga@gmail.com

Related Posts

Rakyat disaran ubah tabiat penggunaan hadapi gangguan bekalan global
Gaya hidup

Rakyat disaran ubah tabiat penggunaan hadapi gangguan bekalan global

by Ammar Haziq
June 10, 2026
Next Post
Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

June 4, 2026
16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR

16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR

July 5, 2026
Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah

Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Asean Bakat Madani bukit kayu hitam Diesel bersubsidi e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Kematangan Politik Korban kriptologi Krisis bekalan global Kuasai AI lapan cedera Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Liga Kedah Majlis Ilmu Madani Majlis Media Malaysia Media Gazette Memorial Negarawan MMM Myvi orang asli PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Petronas PM Singapura Politik perkauman PRN PRU16 Rasuah Rusia Sadao Tuanku Muhriz Turkmenistan UniMAP UPSI UUM Wartawan
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan
  • Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
  • Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.