• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

PM sumbang lapan lembu korban untuk 2,000 Orang Asli Tambun

Media Gazette by Media Gazette
June 1, 2026
in Malaysia
0
PM sumbang lapan lembu korban untuk 2,000 Orang Asli Tambun
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan lapan ekor lembu korban kepada kira-kira 2,000 penduduk Orang Asli dari tujuh kampung di Ulu Kinta sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Sumbangan itu disalurkan menerusi Program Korban Perdana Aidiladha dan Kenduri Rakyat 2026 yang dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Perkampungan Orang Asli Kampung Makmur, di sini.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, program berkenaan bertujuan memastikan masyarakat Orang Asli turut menikmati kemeriahan Aidiladha selain menerima manfaat daripada agihan daging korban.

Menurutnya, program itu membabitkan penyertaan penduduk dari Kampung Makmur, Kampung Tonggang, Kampung Chadak, Kampung Suluh, Kampung Suak Petai, Kampung Choh dan Kampung Baduk.

“Penyertaan penduduk pada tahun ini lebih menggalakkan berbanding sebelumnya, justeru program diperluaskan bagi membolehkan lebih ramai masyarakat Orang Asli mengambil bahagian.

“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk melaksanakan ibadah korban, malah mengeratkan hubungan antara komuniti dari pelbagai kampung,” katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Beliau berkata, secara keseluruhan Datuk Seri Anwar menyalurkan kira-kira 170 ekor lembu korban untuk diagihkan di seluruh kawasan Parlimen Tambun sempena Aidiladha tahun ini.

Katanya, sumbangan itu membolehkan masjid, surau, persatuan penduduk dan komuniti setempat menganjurkan ibadah korban serta mengagihkan daging kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Makmur, Jailani Rasid berkata, program berkenaan memberi manfaat besar kepada masyarakat Orang Asli selain menjadi platform memperkukuhkan silaturahim.

“Penduduk dari tujuh kampung dapat berkumpul dan bergotong-royong menjayakan ibadah korban. Sambutan Aidiladha kali ini juga lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Kami amat menghargai sumbangan yang diberikan kerana ia membolehkan lebih ramai penduduk menikmati daging korban dan bersama-sama meraikan Aidiladha,” katanya.

Tags: Anwar IbrahimKedah GazetteKorbanMedia Gazetteorang asli
Previous Post

PM Singapura puji semangat umat Islam hadapi cabaran korban

Next Post

Media Gazette

Media Gazette

Related Posts

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur
Malaysia

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

by Abu Ammar
July 23, 2026
Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah
Malaysia

Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

by Abu Ammar
July 23, 2026
101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar
Malaysia

101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar

by Abu Ammar
July 21, 2026
MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK
Malaysia

MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK

by Abu Ammar
July 14, 2026
Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
Malaysia

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

by Abu Ammar
July 10, 2026
Next Post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Malaysia perlu lebih berani teroka pasaran Rusia

Malaysia perlu lebih berani teroka pasaran Rusia

June 19, 2026
UUM bantu jana ekonomi komuniti di empat Kem ATM dengan projek bernilai RM570,000

UUM bantu jana ekonomi komuniti di empat Kem ATM dengan projek bernilai RM570,000

May 7, 2026
Krisis bekalan global boleh jejas kos sara hidup rakyat

Subsidi bersasar lindungi rakyat, kukuhkan kewangan negara

June 10, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam coding Diesel bersubsidi Dirempuh e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global lapan cedera Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz UniMAP UPSI UUM Wartawan Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
  • UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
  • Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.