• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Politik

UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi

Abu Ammar by Abu Ammar
September 16, 2026
in Politik
0
UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama yang bakal dijalin dengan PAS Kedah, hasil pertemuan tidak rasmi dengan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor semalam.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pertemuan ‘santai minum petang’ itu disifatkan sangat positif.

“UMNO Kedah mengadakan kunjungan ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah hari ini (selasa) untuk pertemuan secara tidak rasmi dan saya sifatkan pertemuan itu sangat mesra, positif dan hasilnya ada bayangan awal ke arah perbincangan yang lebih serius di peringkat lebih tinggi selepas ini”, katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambahnya, UMNO Kedah juga mendapat bayangan bagaimana untuk meletakkan perundingan antara kedua-dua parti tersebut di meja rundingan jika bergerak bersama dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti.

“Saya berjumpa dengan MB Sanusi bersama tiga orang iaitu Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ariffin Man, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Othman Aziz.”

“Kami bagaimanapun tidak berbincang sebarang topik mengenai pembahagian kerusi pilihan raya kerana itu terlalu awal untuk dibincangkan. Lagipun pertemuan itu bukannya secara rasmi”.

Mahdzir sebelum ini bercakap kepada media pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Kuala Lumpur Jumaat lalu, menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan PAS Kedah sebaik berakhirnya PAU 2026.

Selepas pertemuan tidak rasmi itu, Mahdzir bagaimanapun tidak memberikan sebarang bayangan bila pertemuan dan perbincangan rasmi bersama pimpinan PAS Kedah akan diadakan.

“Saya akan maklumkan juga kepada pihak kepimpinan tertinggi UMNO di peringkat Pusat berkaitan pertemuan tidak rasmi dengan pimpinan PAS Kedah hari ini dan langkah seterusnya akan kita susun selepas ini kerana apa sekalipun keputusan yang hendak dibuat, akan diputuskan di peringkat tertinggi kedua-dua parti”, jelas Mahdzir.

Tags: Kedah GazetteMedia GazettesanusiUMNO Kedah
Previous Post

Lemas dalam longkang: Empat kanak-kanak maut selepas dipercayai cuba mengambil bola – polis

Next Post

Pemandu lori positif dadah kali kedua ditahan JPJ Kedah

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor
Politik

Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

by Abu Ammar
July 7, 2026
Kematangan Politik Benteng Perpaduan Negara – PM
Politik

Kematangan Politik Benteng Perpaduan Negara – PM

by Ammar Haziq
June 18, 2026
PM tegur politik ketepi fakta isu bekalan global
Politik

PM tegur politik ketepi fakta isu bekalan global

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Pemandu lori positif dadah kali kedua ditahan JPJ Kedah

Pemandu lori positif dadah kali kedua ditahan JPJ Kedah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200

Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200

May 7, 2026
Dunia perlu kepimpinan berwawasan, bukan sekadar kuasa – PM

Dunia perlu kepimpinan berwawasan, bukan sekadar kuasa – PM

June 10, 2026
Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik

Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik

June 20, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani barang kemas bukit kayu hitam coding Dirempuh e-invois Emas Felda Feri berlanggar HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban Krisis bekalan global KRT Lemas dalam longkang Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM PBMK pemandu lori Politeknik Politik perkauman positif dadah PSM Rohingya Rompak RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah UMNO Kedah UNCHR UPSI UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026
  • Pecah tiga kotak kaca, empat lelaki kebas barang kemas hampir RM1 juta
  • Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.