• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Lain-Lain

Pemandu lori positif dadah kali kedua ditahan JPJ Kedah

Abu Ammar by Abu Ammar
September 16, 2026
in Lain-Lain
0
Pemandu lori positif dadah kali kedua ditahan JPJ Kedah
0
SHARES
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Tindakan segelintir pemandu kenderaan perdagangan mengambil dadah kononnya untuk kekal cergas ketika memandu jarak jauh terus menjadi kebimbangan apabila kesalahan sama dikesan berulang dalam kalangan mereka.

Seorang pemandu lori membawa muatan simen ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam Ops Khas Bersepadu Dadah Terhadap Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Jitra arah selatan pada malam Selasa.

Pemandu berusia 43 tahun dari Pendang itu turut dikesan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan penyalahgunaan dadah ketika memandu kenderaan perdagangan.

Lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut selepas gagal ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Menurut pemandu berkenaan, dia sebelum ini pernah dikenakan tindakan dan telah menamatkan tempoh perintah pengawasan.

“Saya kali terakhir mengambil dadah kira-kira tiga atau empat hari lalu. Saya membawa lori simen dari Perlis ke Perak, tetapi masih mengambil methamphetamine,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stien Van Lutam berkata, pemandu terbabit merupakan antara enam individu yang diarahkan menjalani ujian air kencing dalam operasi berkenaan.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati pemandu tersebut mengakui mengambil bahan terlarang itu bagi mengelakkan rasa mengantuk ketika memandu.

“Ini merupakan kesalahan berulang kerana pemandu berkenaan mengaku pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan yang sama.

“Kita berharap pemandu yang melakukan perjalanan jauh tidak menjadikan alasan mengelakkan mengantuk sebagai sebab untuk mengambil dadah kerana perbuatan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah pengguna jalan raya lain,” katanya pada sidang media selepas operasi tersebut.

Beliau berkata, pemandu perlu mengutamakan rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan memanfaatkan kemudahan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan di sepanjang lebuh raya.

“Jika perjalanan mengambil masa yang panjang, pastikan tubuh berada dalam keadaan sihat dan mendapat rehat secukupnya sebelum memandu,” ujarnya.

Menurut Stien, pemandu terbabit akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Beliau berkata, Ops Khas Bersepadu Dadah Terhadap Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan JPJ Malaysia sejak 1 Julai lalu masih diteruskan bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan.

Katanya, operasi itu menumpukan pemeriksaan dan saringan terhadap pemandu bagi mengesan penyalahgunaan dadah serta pelbagai kesalahan lain yang boleh menjejaskan keselamatan jalan raya.

“Selain di lebuh raya, pemeriksaan turut dilakukan di kawasan R&R, stesen penguat kuasa JPJ, terminal bas serta jalan negeri dan persekutuan.

“Sekiranya seseorang pemandu didapati positif dadah dan dikenakan tindakan oleh AADK, JPJ juga akan mengambil tindakan pentadbiran termasuk menahan Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional sehingga siasatan dan tindakan lanjut selesai,” katanya.

Tags: Kedah GazetteMedia Gazettepemandu loripositif dadah
Previous Post

UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi

Next Post

Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
Lain-Lain

Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan

by Abu Ammar
July 30, 2026
UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
Lain-Lain

UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global

by Abu Ammar
July 23, 2026
Pemandu Myvi tersepit, lapan cedera nahas tiga kenderaan
Lain-Lain

Pemandu Myvi tersepit, lapan cedera nahas tiga kenderaan

by Abu Ammar
June 28, 2026
Universiti bukan lubuk rasuah tapi berisiko
Lain-Lain

Universiti bukan lubuk rasuah tapi berisiko

by Abu Ammar
June 25, 2026
Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai
Lain-Lain

Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai

by Ammar Haziq
June 7, 2026
Next Post
Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR - NGO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Anwar mahu kempen PRN berlangsung matang, beretika

Anwar mahu kempen PRN berlangsung matang, beretika

June 13, 2026
Pelantikan Nallini perkukuh imej Majlis Media Malaysia – PM

Pelantikan Nallini perkukuh imej Majlis Media Malaysia – PM

June 23, 2026
PM umum langkah segera tangani kos sara hidup

PM umum langkah segera tangani kos sara hidup

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani barang kemas bukit kayu hitam coding Dirempuh e-invois Emas Felda Feri berlanggar HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban Krisis bekalan global KRT Lemas dalam longkang Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM PBMK pemandu lori Politeknik Politik perkauman positif dadah PSM Rohingya Rompak RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah UMNO Kedah UNCHR UPSI UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026
  • Pecah tiga kotak kaca, empat lelaki kebas barang kemas hampir RM1 juta
  • Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.