• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta

Ammar Haziq by Ammar Haziq
June 7, 2026
in Malaysia
0
TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.XX XXX 2026. AMIR IRSYAD/Pejabat Perdana Menteri.

0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan penggunaan sehingga RM50 juta daripada Dana Program Berimpak Tinggi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi memperkasakan pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dana itu akan dimanfaatkan untuk memperluaskan program latihan kemahiran, meningkatkan kerjasama industri serta melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

Menurutnya, langkah itu membuktikan komitmen kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai antara pemacu utama pembangunan modal insan negara.

“Saya tegaskan semula bahawa kerajaan membenarkan sehingga RM50 juta daripada Dana Program Berimpak Tinggi PTPK digunakan untuk TVET 2.0.

“Bagaimanapun, syaratnya ialah majikan dan pihak industri perlu bekerjasama dengan kerajaan, khususnya melalui Majlis TVET Negara supaya penyelarasan dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari TVET 2.0 di Dataran Putrajaya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara.

Anwar berkata, penglibatan aktif industri amat penting bagi memastikan latihan yang ditawarkan benar-benar menepati kehendak pasaran dan perkembangan teknologi semasa.

Katanya, pendekatan itu membolehkan pelatih memperoleh kemahiran yang relevan sekali gus meningkatkan peluang mereka mendapat pekerjaan berkualiti.

“Kerajaan mahu melihat hubungan yang lebih rapat antara institusi latihan dan industri supaya latihan yang diberikan tidak terpisah daripada keperluan sebenar majikan.

“Ini termasuk menyediakan lebih banyak peluang pendedahan industri kepada pelatih TVET,” katanya.

Beliau berkata, keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia juga terus kukuh meskipun dunia berdepan cabaran geopolitik dan ekonomi yang tidak menentu.

Menurutnya, sebuah syarikat teknologi maklumat terkemuka dari Australia baru-baru ini bersetuju menambah pelaburan kira-kira dua bilion euro di negara ini selepas melihat potensi ekonomi dan bakat tempatan.

“Mereka memberi penekanan kepada keperluan tenaga kerja mahir dan latihan kemahiran yang berkualiti.

“Sebab itu TVET perlu terus diperkasa supaya Malaysia mampu menyediakan tenaga kerja yang memenuhi permintaan industri masa depan,” katanya.

Sambutan Hari TVET 2.0 yang berlangsung selama tiga hari hingga esok menghimpunkan lebih 107 agensi, institusi dan pemain industri daripada sembilan sektor utama dengan tema ‘TVET Pilihan Utama Kerjaya’.

Tags: Kedah GazetteMedia GazetteTVET 2.0
Previous Post

Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Next Post

Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai

Ammar Haziq

Ammar Haziq

Related Posts

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur
Malaysia

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

by Abu Ammar
July 23, 2026
Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah
Malaysia

Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

by Abu Ammar
July 23, 2026
101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar
Malaysia

101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar

by Abu Ammar
July 21, 2026
MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK
Malaysia

MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK

by Abu Ammar
July 14, 2026
Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
Malaysia

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

by Abu Ammar
July 10, 2026
Next Post
Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai

Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

June 7, 2026
Fahmi Mahu Permukiman Media Jadi Acara Tetap HAWANA

Fahmi Mahu Permukiman Media Jadi Acara Tetap HAWANA

June 23, 2026
KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025

KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam coding Diesel bersubsidi Dirempuh e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global lapan cedera Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz UniMAP UPSI UUM Wartawan Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
  • UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
  • Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.