• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Rohingya wajib patuh undang-undang Malaysia

Ammar Haziq by Ammar Haziq
June 13, 2026
in Uncategorized
0
Rohingya wajib patuh undang-undang Malaysia

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Selangor. 12 Jun 2026. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri.

0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelarian Rohingya yang berada di negara ini mesti mematuhi segala undang-undang dan peraturan tempatan, dengan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggarnya.

Beliau berkata, walaupun Malaysia mengamalkan pendekatan berperikemanusiaan terhadap pelarian, mereka tetap tertakluk kepada sistem perundangan negara dan tidak boleh bertindak sesuka hati.

Menurutnya, sebarang urusan melibatkan pembinaan bangunan, perniagaan atau aktiviti lain perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Nasihat kepada rakyat Myanmar khususnya Rohingya, mereka juga harus patuh kepada peraturan yang ada dalam negara kita.

“Jika tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, kerajaan terpaksa mengambil tindakan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, di sini.

Anwar berkata, perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau menegaskan kerajaan akan terus melaksanakan penguatkuasaan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan akan berunding dengan kerajaan negeri berhubung isu berkaitan bangunan dan pembangunan yang berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

“Kerajaan negeri juga perlu bertegas dalam perkara ini kerana ia melibatkan aspek pembandaran dan pematuhan peraturan.

“Namun dalam menangani isu ini, saya berharap rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam terus mengekalkan nilai kemanusiaan dan tidak bertindak melanggar undang-undang,” katanya.

Mengulas isu penghantaran pulang pelarian Rohingya, Datuk Seri Anwar berkata usaha itu masih berdepan pelbagai kekangan berikutan pendirian kerajaan Myanmar yang menyukarkan proses berkenaan.

Beliau berkata, dalam beberapa siri rundingan bersama kepimpinan Myanmar sebelum ini, Malaysia menekankan keperluan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada semua pihak yang memerlukan serta menghentikan penindasan terhadap komuniti Rohingya dan rakyat Myanmar yang lain.

Menurutnya, Malaysia turut meneroka peluang untuk menempatkan pelarian berkenaan di negara ketiga selain mencari kaedah terbaik untuk penghantaran pulang, namun sehingga kini usaha tersebut masih belum mencapai penyelesaian.

Katanya, isu pelarian Rohingya bukan hanya dihadapi Malaysia, sebaliknya turut menjadi cabaran besar kepada beberapa negara lain termasuk Bangladesh yang menempatkan jutaan pelarian di kawasan Cox’s Bazar.

“Perkara ini juga saya bangkitkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun semasa lawatan ke negara itu baru-baru ini bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan,” katanya.

Tags: Kedah GazetteMedia GazetteRohingya
Previous Post

Subsidi bersasar lindungi rakyat, kukuhkan kewangan negara

Next Post

Anwar mahu kempen PRN berlangsung matang, beretika

Ammar Haziq

Ammar Haziq

Related Posts

No Content Available
Next Post
Anwar mahu kempen PRN berlangsung matang, beretika

Anwar mahu kempen PRN berlangsung matang, beretika

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

May 7, 2026
Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

July 7, 2026
Tiada Keperluan PRU16, Kerajaan Mahu Tumpu Tadbir Negara

Tiada Keperluan PRU16, Kerajaan Mahu Tumpu Tadbir Negara

June 5, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar barang kemas bukit kayu hitam Buli coding Dirempuh e-invois Felda Feri berlanggar HAWANA Hilang Kedah Gazette Korban kpm Krisis bekalan global KRT Kuasai AI Langkawi Lemas dalam longkang Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Nenek jumpa cucu PEKA Penjara Politeknik PSM Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah terbaring di dewan UMNO Kedah UPSI Usia 102 tahun UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
  • Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut
  • AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.