• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Sukan

Kejohanan bot laju antarabangsa di Sungai Kedah berpotensi jadi acara tahunan

Abu Ammar by Abu Ammar
November 6, 2026
in Sukan
0
Kejohanan bot laju antarabangsa di Sungai Kedah berpotensi jadi acara tahunan
0
SHARES
22
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kejohanan Kedah Powerboat World Championship 2026 yang julung kali dianjurkan di Sungai Kedah berpotensi dijadikan acara tahunan bagi memperkukuh sektor pelancongan negeri, selain memperkenalkan lokasi berkenaan sebagai destinasi sukan bermotor air antarabangsa.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, penganjuran kejohanan itu berjaya menarik penyertaan 17 pasukan dari 12 negara dan termasuk Malaysia.

Menurutnya, penyertaan dua pasukan tambahan dari India dan Jepun turut menjadikan jumlah keseluruhan penyertaan meningkat berbanding sasaran awal.

“Ini menunjukkan satu perkembangan positif dan memperlihatkan keyakinan komuniti sukan bermotor air terhadap kemampuan negeri Kedah menganjurkan acara sukan antarabangsa,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kedah Powerboat World Championship 2026 di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ampang Jajar di sini.

Mohd Salleh berkata, maklum balas diterima daripada peserta antarabangsa juga positif apabila kebanyakan mereka pertama kali berkunjung ke Kedah dan menyatakan minat untuk kembali menyertai kejohanan sama pada masa hadapan.

Katanya, peserta turut berharap penganjuran itu diteruskan sebagai acara tahunan dan akan membantu mempromosikan Kedah kepada rangkaian kenalan mereka di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan menganjurkan acara berskala antarabangsa memerlukan kerjasama erat semua pihak termasuk jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, pemain industri serta media.

Beliau turut menghargai penglibatan usahawan tempatan yang mengambil peluang menyediakan jualan makanan dan minuman kepada pengunjung pada kadar berpatutan sepanjang kejohanan berlangsung.

Katanya, penganjuran itu bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan perlumbaan bot laju, malah membuka ruang kepada peniaga tempatan menjana pendapatan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Bot Laju Malaysia, Ezzat Mohd Tahir berkata, pemilihan kawasan sungai di tengah bandar Alor Setar memberikan keunikan tersendiri kepada kejohanan berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan pelumba antarabangsa sebelum ini lebih biasa menyertai perlumbaan di lokasi seperti laut, muara dan tasik yang mempunyai kemudahan lebih luas.

Bagaimanapun, katanya, perlumbaan di kawasan sungai yang lebih sempit dan pendek memerlukan penyesuaian dari segi teknikal serta kelajuan bot.

“Kalau berlumba di kawasan muara, sungai atau tasik yang luas, kita boleh mencapai kelajuan antara 180 hingga 200 kilometer sejam.

“Namun, bagi perlumbaan di sungai yang lebih pendek dan sempit, kita perlu mengubah beberapa komponen enjin serta kipas propeller. Kelajuan maksimum boleh mencapai 160 kilometer sejam, tetapi kita tidak akan melebihi had itu di kawasan sungai,” katanya.

Beliau berkata, setakat sesi perlumbaan berlangsung, tiada kemalangan besar dilaporkan, walaupun terdapat beberapa pelanggaran kecil disebabkan keadaan laluan sungai yang agak sempit.

Tags: bot lajuKedah GazetteKedah Powerboat WorldMedia Gazette
Previous Post

Penantian 12 Tahun Berakhir: Sekolah Sukan Perlis Buka Lembaran Baharu

Next Post

Tahanan rumah Najib : KDN, Jabatan Penjara patuh apa juga keputusan mahkamah

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Jentayu FC juara Piala DZR 2026 selepas aksi tujuh gol
Sukan

Jentayu FC juara Piala DZR 2026 selepas aksi tujuh gol

by Abu Ammar
October 25, 2026
UJGT tarik pelari antarabangsa, sasar 1,000 peserta
Sukan

UJGT tarik pelari antarabangsa, sasar 1,000 peserta

by Abu Ammar
October 24, 2026
UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara
Sukan

UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara

by Abu Ammar
July 21, 2026
16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR
Sukan

16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR

by Abu Ammar
July 5, 2026
KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025
Sukan

KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Tahanan rumah Najib : KDN, Jabatan Penjara patuh apa juga keputusan mahkamah

Tahanan rumah Najib : KDN, Jabatan Penjara patuh apa juga keputusan mahkamah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Pendidikan menyeluruh kunci lahir generasi global berdaya saing – PM

Pendidikan menyeluruh kunci lahir generasi global berdaya saing – PM

May 7, 2026
Malaysia raih empat emas, tiga perak dan enam gangsa di WMSC 2026

Malaysia raih empat emas, tiga perak dan enam gangsa di WMSC 2026

October 26, 2026
Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut

Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut

October 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim barang kemas bot laju bukit kayu hitam Buli Dirempuh Felda Feri berlanggar HAWANA Hilang JPN Kedah KDN Kedah Gazette Kedah Powerboat World Korban kpm Krisis bekalan global KRT Kuasai AI Langkawi Lemas dalam longkang Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette meninggal dunia Menteri Belia Sukan Nenek jumpa cucu PEKA pemandu lori Penjara Politeknik positif dadah Rohingya Rompak Saifuddin Nasution sanusi Sekolah sukan Perlis Tahanan rumah Najib terbaring di dewan UMNO Kedah UNCHR UPSI Usia 102 tahun UUM wau gergasi
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Sokongan masyarakat penting jamin kebajikan pelajar tahfiz, pondok
  • Lapan individu hilang dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak
  • KDN beri perhatian kebajikan keluarga anggota Maritim terkorban

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.