• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Sukan

UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara

Abu Ammar by Abu Ammar
July 21, 2026
in Sukan
0
UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara

Md Amin (empat dari kanan) bersama Abidullah (tiga dari kiri) bergambar sambil menunjukkan dokumen MoU yang telah ditandatangani pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UPSI dan PSM di Bilik Mesyuarat Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai
Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi
memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan khidmat
masyarakat, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada atlet sepak takraw negara
melanjutkan pengajian di institusi itu.

MoU yang ditandatangani di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI di
sini turut memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, perkongsian kepakaran teknikal dan
sains sukan serta penyediaan pusat latihan kebangsaan bagi sukan sepak takraw.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md. Taff berkata kerjasama itu
mencerminkan komitmen universiti dalam menyokong pembangunan modal insan negara
menerusi gabungan kecemerlangan akademik dan sukan.

“UPSI komited menawarkan peluang pendidikan kepada atlet-atlet di bawah PSM pada
semua peringkat pengajian, tertakluk kepada kelayakan akademik, selain menyediakan
fleksibiliti jadual yang selaras dengan keperluan latihan dan pertandingan mereka.

“Kerjasama ini bukan sekadar sebuah dokumen simbolik, sebaliknya akan diterjemahkan
melalui pelan tindakan yang konkrit dan berimpak tinggi demi manfaat kedua-dua institusi
serta pembangunan sukan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani
Memorandum Persefahaman antara UPSI dan PSM di sini hari ini.

Beliau berkata UPSI turut bersedia berkongsi kepakaran dalam bidang teknikal,
kejurulatihan, kepegawaian dan teknologi sukan, selain menyediakan kemudahan dan sumber
yang diperlukan bagi memastikan pelaksanaan kerjasama itu dipantau secara berterusan.

Md Amin berkata MoU berkenaan yang berkuat kuasa selama tiga tahun dan boleh
dilanjutkan atas persetujuan bersama dijangka menjadi pemangkin kepada pelaksanaan
Memorandum Perjanjian (MoA) yang lebih terperinci pada masa hadapan.

Sementara itu, Naib Presiden PSM, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata kerjasama
tersebut akan menyediakan laluan pendidikan formal yang lebih terjamin kepada atlet sepak
takraw negara dan negeri, termasuk daripada Sekolah Sukan Malaysia serta Sekolah Sukan
Negeri.

“Gabungan kepakaran sains sukan UPSI dan pengalaman teknikal PSM diyakini mampu
mempercepatkan pembangunan bakat, jurulatih dan pegawai teknikal bertauliah dalam sukan
sepak takraw.

Beliau turut berharap MoU berkenaan dapat menjadi model rujukan kepada kerjasama
strategik antara badan sukan kebangsaan dan institusi pengajian tinggi lain di negara ini.

“Pada masa yang sama, kerjasama ini selaras dengan usaha berterusan untuk memartabatkan
sepak takraw sebagai sukan warisan Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa,”
katanya.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan;
Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh; Presiden Sepak Takraw Elmshorn
Germany, Ismail Salleh; Wakil Perhubungan Sepak Takraw Elmshorn Germany, Salem
Ismail; Timbalan Presiden Sepak Takraw Emas Gemilang, Yaacob Ismail; Pendaftar UPSI,
Helmi Zaifura Abdul Rahman.

Tags: Kedah GazetteMedia GazettePSMSepak takrawUPSI
Previous Post

Didakwa jadikan talak taruhan bola sepak, pasangan disaran rujuk Mahkamah Syariah

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR
Sukan

16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR

by Abu Ammar
July 5, 2026
KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025
Sukan

KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun
Sukan

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Pemandu Myvi tersepit, lapan cedera nahas tiga kenderaan

Pemandu Myvi tersepit, lapan cedera nahas tiga kenderaan

June 28, 2026
16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR

16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR

July 5, 2026
PM sumbang lapan lembu korban untuk 2,000 Orang Asli Tambun

PM sumbang lapan lembu korban untuk 2,000 Orang Asli Tambun

June 1, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam Diesel bersubsidi e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global Kuasai AI lapan cedera Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Liga Kedah Majlis Ilmu Madani Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi orang asli PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin penjajahan digital perakaunan UUM Petronas Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah RUU Kebebasan Maklumat Sadao Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Turkmenistan UniMAP UPSI UUM Wartawan
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara
  • Didakwa jadikan talak taruhan bola sepak, pasangan disaran rujuk Mahkamah Syariah
  • 101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.