• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Jenayah

Bawa anak depan, isteri belakang ketika ‘wheelie’, lelaki ditahan polis

Abu Ammar by Abu Ammar
July 23, 2026
in Jenayah
0
Bawa anak depan, isteri belakang ketika ‘wheelie’, lelaki ditahan polis
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan polis selepas dipercayai melakukan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motosikal sambil membawa isteri dan anak perempuannya yang berusia empat tahun di Jalan Lebuhraya Darul Aman, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, penahanan dibuat pada jam 3.40 petang Rabu susulan rakaman video berdurasi 17 saat yang tular di Facebook memaparkan aksi berbahaya itu.

Menurutnya, suspek ditahan bersama sebuah motosikal Honda NBC110 berwarna biru di pekarangan Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

“Hasil siasatan mendapati suspek melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ ketika menunggang motosikal sambil membawa seorang pembonceng di belakang dan seorang kanak-kanak di bahagian hadapan.

“Tindakan itu bukan sahaja membahayakan nyawa penunggang serta kedua-dua pembonceng, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan selepas pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Setar mengesan video berkenaan yang dimuat naik di Facebook sebelum membuat laporan polis bagi tujuan siasatan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kejadian sebenar berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 28 Mac lalu ketika suspek dalam perjalanan dari Kampung Hutan Kandis menuju ke Jalan Pegawai untuk makan malam bersama keluarga.

Katanya, aksi itu dilakukan ketika motosikal berkenaan melalui Jalan Lebuhraya Darul Aman berhampiran Dataran Bandar Alor Setar.

“Pemeriksaan turut mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu yang sah.

“Motosikal yang digunakan telah disita bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Syed Basri turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan aksi berbahaya di jalan raya kerana ia boleh mengundang tragedi, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kanak-kanak serta ahli keluarga sebagai pembonceng.

Katanya, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan lalu lintas sehingga membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Tags: Kedah GazetteMedia GazetteWheelie
Previous Post

UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara

Next Post

Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Penuntut IPTS Berdepan Hukuman Mati Edar Ganja Bernilai RM1.17 Juta
Jenayah

Penuntut IPTS Berdepan Hukuman Mati Edar Ganja Bernilai RM1.17 Juta

by Abu Ammar
June 25, 2026
Lelaki Tidak Mengaku Pukul Isteri Guna Pelbagai Objek
Jenayah

Lelaki Tidak Mengaku Pukul Isteri Guna Pelbagai Objek

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Anwar nafi ada arahan sekat pemimpin masuk Felda

Anwar nafi ada arahan sekat pemimpin masuk Felda

July 1, 2026
PM umum langkah segera tangani kos sara hidup

PM umum langkah segera tangani kos sara hidup

May 7, 2026
Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

July 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam coding Diesel bersubsidi Dirempuh e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global lapan cedera Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz UniMAP UPSI UUM Wartawan Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
  • UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
  • Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.