• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Tular

Didakwa jadikan talak taruhan bola sepak, pasangan disaran rujuk Mahkamah Syariah

Abu Ammar by Abu Ammar
July 21, 2026
in Tular
0
Didakwa jadikan talak taruhan bola sepak, pasangan disaran rujuk Mahkamah Syariah
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang didakwa menjadikan lafaz talak sebagai pertaruhan dalam perlawanan bola sepak antara Argentina dan Sepanyol mencetuskan kecaman netizen, selain mengundang perbincangan mengenai hukum talak dalam Islam.

Perkara itu tular selepas seorang wanita berkongsi luahan di platform Threads menerusi hantaran dimuat naik oleh sebuah akaun mendakwa suaminya melafazkan talak tiga selepas pasukan Argentina tewas kepada Sepanyol.

Menurut perkongsian tersebut, suaminya dikatakan membuat pertaruhan dengan seorang rakan bahawa dia akan menceraikan isterinya dengan talak tiga sekiranya Argentina kalah dalam perlawanan berkenaan.

“Laki aku bertaruh dengan kawan dia kalau Argentina kalah dengan Sepanyol dia ceraikan aku talak tiga. Dia balik pagi tadi meraung macam orang gila,” menurut tangkap layar mesej yang dikongsikan.

Hantaran itu kemudian mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Rahmat yang menjelaskan bahawa kes sedemikian berpotensi dikategorikan sebagai talak muallaq, iaitu talak yang digantung pada sesuatu syarat.

Menurutnya, walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan ulama berhubung isu tersebut, pasangan terbabit disaran segera merujuk kes berkenaan ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan keputusan rasmi.

“Kes ini boleh masuk talak muallaq iaitu talak yang digantung pada suatu syarat. Ulama berbeza pandangan, namun kes seperti ini perlu dirujuk ke mahkamah dan buat masa ini berpotensi jatuh talak,” katanya menerusi ruangan komen di akaun rasminya, Rahmat.ikhsan.official.

Sementara itu, ruangan komen hantaran berkenaan dipenuhi pelbagai reaksi pengguna media sosial yang mengecam tindakan lelaki berkenaan kerana didakwa mempermainkan lafaz talak.

Seorang pengguna mempersoalkan tindakan menjadikan talak sebagai pertaruhan hanya kerana sebuah perlawanan bola sepak.

Seorang lagi pengguna mengingatkan bahawa nikah, cerai dan perkara berkaitan akidah bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan.

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada pasangan terbabit berhubung dakwaan berkenaan dan status lafaz talak itu hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah Syariah mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Tags: Kedah GazetteMedia GazetteTaruhan bola
Previous Post

101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar

Next Post

UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Dakwaan ‘duit haram berbilion’ fitnah, Farhash serah kes kepada polis
Tular

Dakwaan ‘duit haram berbilion’ fitnah, Farhash serah kes kepada polis

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara

UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Anwar mahu kempen PRN berlangsung matang, beretika

Anwar mahu kempen PRN berlangsung matang, beretika

June 13, 2026
Penuntut IPTS Berdepan Hukuman Mati Edar Ganja Bernilai RM1.17 Juta

Penuntut IPTS Berdepan Hukuman Mati Edar Ganja Bernilai RM1.17 Juta

June 25, 2026
“Masuk Dulu, Kami Bantu” – UniMAP Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

“Masuk Dulu, Kami Bantu” – UniMAP Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

June 6, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani barang kemas bukit kayu hitam coding Dirempuh e-invois Emas Felda Feri berlanggar HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban Krisis bekalan global KRT Lemas dalam longkang Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM PBMK pemandu lori Politeknik Politik perkauman positif dadah PSM Rohingya Rompak RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah UMNO Kedah UNCHR UPSI UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026
  • Pecah tiga kotak kaca, empat lelaki kebas barang kemas hampir RM1 juta
  • Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.