• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Sukan

16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR

Abu Ammar by Abu Ammar
July 5, 2026
in Sukan
0
16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR
0
SHARES
53
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Saingan Liga Kedah 2026 yang membuka tirainya pada Sabtu dilihat sebagai platform terbaik untuk mencungkil bakat baharu bola sepak negeri dalam usaha membentuk skuad lebih mantap bagi menghadapi kempen Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2026 yang dijadual berlangsung September depan.

Penaung Persatuan Bolasepak Melayu Kedah Darul Aman (PBMK), Datuk Zuraidi Rahim berkata, pihaknya berharap kejohanan yang berlangsung selama tiga bulan itu mampu melahirkan pemain berkualiti untuk diserapkan ke dalam skuad Kedah bagi mengharungi saingan PERR musim ini.

Menurutnya, selepas sekadar mara ke peringkat suku akhir pada edisi lalu, PBMK kini meletakkan sasaran lebih tinggi iaitu menjulang kejuaraan PERR 2026.

“Pada tahun lepas kami hanya dapat melangkah ke saingan suku akhir sahaja dan kali ini saya menyasarkan mereka yang terpilih nanti dapat membantu Kedah muncul juara.

“Terdapat juga insentif menarik yang bakal menanti pemain pada musim ini, sekali gus diharap dapat menjadi pemangkin kepada mereka untuk memberikan persembahan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan Liga Kedah 2026 yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), di sini.

Mengulas lanjut, Zuraidi berkata, Liga Kedah 2026 menjadi medan terbaik untuk pemain-pemain muda membuktikan kemampuan masing-masing dan merebut peluang menyarung jersi negeri.

Katanya, PBMK bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berusaha mewujudkan satu ekosistem pembangunan yang mampu membuka lebih banyak ruang kepada bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Melalui liga ini, kita mahu meniup semangat kepada pemain, khususnya anak muda yang mempunyai minat mendalam terhadap bola sepak.

“Mereka bukan sahaja berpeluang beraksi dalam kejohanan kompetitif, malah berpeluang menarik perhatian pencari bakat dan seterusnya menyertai skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan penganjuran liga berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan kembali perkembangan bola sepak di peringkat akar umbi di negeri ini.

“Penyertaan pasukan dari pelbagai daerah menunjukkan semangat dan minat yang tinggi terhadap sukan ini. Kita berharap platform seperti ini dapat membantu meningkatkan mutu bola sepak Kedah secara keseluruhan,” katanya.

Sebanyak 16 pasukan dari seluruh negeri menyertai Liga Kedah 2026 bagi merebut Piala Datuk Zuraidi Rahim (Piala DZR).

Perlawanan berlangsung di dua venue utama iaitu Stadium Mini MPKP, Jitra dan Stadium Mini Pendang.

Sementara itu, aksi pembukaan kejohanan berlangsung meriah apabila lebih 500 penyokong membanjiri Stadium Mini MPKP untuk menyaksikan pertembungan antara Jentayu FC dari Langkawi dan MADA FC dari Alor Setar.

Dalam perlawanan tersebut, Jentayu FC memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan MADA FC 3-2 dalam aksi yang berlangsung sengit dan menghiburkan penonton.

Kejohanan itu dijangka menjadi pentas penting untuk mengenal pasti pemain berpotensi yang mampu memperkukuh skuad Kedah dalam misi memburu kejuaraan PERR 2026.6 yang dijadual berlangsung September depan.

Tags: Kedah GazetteLiga KedahMedia GazettePBMK
Previous Post

Anwar nafi ada arahan sekat pemimpin masuk Felda

Next Post

Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025
Sukan

KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun
Sukan

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

May 7, 2026
Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

July 8, 2026
Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Asean Bakat Madani bukit kayu hitam Diesel bersubsidi e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Kematangan Politik Korban kriptologi Krisis bekalan global Kuasai AI lapan cedera Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Liga Kedah Majlis Ilmu Madani Majlis Media Malaysia Media Gazette Memorial Negarawan MMM Myvi orang asli PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Petronas PM Singapura Politik perkauman PRN PRU16 Rasuah Rusia Sadao Tuanku Muhriz Turkmenistan UniMAP UPSI UUM Wartawan
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan
  • Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
  • Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.