• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Krisis bekalan global boleh jejas kos sara hidup rakyat

Ammar Haziq by Ammar Haziq
June 10, 2026
in Malaysia
0
Krisis bekalan global boleh jejas kos sara hidup rakyat

FOTO MSU

0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Krisis bekalan dan tenaga global yang sedang melanda dunia ketika ini tidak wajar dilihat semata-mata sebagai isu kenaikan harga minyak, sebaliknya berpotensi memberi kesan lebih meluas kepada kehidupan rakyat melalui peningkatan kos sara hidup.

Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Tan Sri Mohd Hassan Marican berkata, kesan krisis itu dijangka berlaku secara berperingkat bermula dengan peningkatan kos bahan api dan logistik sebelum merebak ke sektor lain seperti petrokimia, pembuatan, pembinaan serta makanan.

Beliau berkata, jika gangguan bekalan global berterusan, tekanan kos akhirnya akan dirasai oleh isi rumah di seluruh negara.

“Kita tidak boleh melihat isu ini hanya dari sudut harga minyak kerana ia sebenarnya membabitkan gangguan bekalan fizikal yang memberi kesan kepada pelbagai sektor ekonomi.
“Dalam keadaan tertentu, wang semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah jika bekalan yang diperlukan tidak dapat diperoleh,” katanya dalam temu bual bersama Bernama.

Mohd Hassan berkata, Malaysia bagaimanapun mempunyai beberapa kelebihan berbanding negara lain kerana memiliki ekosistem minyak dan gas yang kukuh, kemudahan penapisan domestik serta institusi berpengalaman seperti Petronas yang mampu membantu menstabilkan keadaan ketika berdepan gangguan pasaran.

Namun, beliau mengingatkan bahawa Malaysia tetap terdedah kepada risiko luaran memandangkan negara ini bergantung kepada perdagangan antarabangsa sebagai ekonomi terbuka.

Menurutnya, kerajaan sudah melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurangkan kesan awal krisis termasuk menerusi subsidi bahan api bersasar, bantuan tunai kepada golongan memerlukan serta program intervensi bekalan makanan.

Beliau berkata, inisiatif seperti Budi Madani, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Jualan Rahmah Madani dan Agro Madani membantu mengekalkan kestabilan ekonomi rakyat.

Selain itu, katanya, sokongan pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang diperkenalkan baru-baru ini turut membantu perniagaan berdepan peningkatan kos operasi.

Mohd Hassan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berulang kali menegaskan komitmen kerajaan untuk melindungi kebajikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan PMKS.

Beliau berkata, pengurusan krisis semasa memerlukan kerjasama menyeluruh membabitkan kerajaan, sektor industri serta masyarakat kerana cabaran yang dihadapi tidak boleh ditangani oleh satu pihak sahaja.

“Pendekatan seluruh negara amat penting bagi memastikan segala langkah yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan tersusun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui kerajaan berdepan cabaran untuk menyeimbangkan keperluan membantu rakyat dengan usaha mengekalkan kedudukan fiskal negara yang mampan.

Katanya, bantuan dan subsidi masih diperlukan dalam jangka pendek bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup, namun perbelanjaan yang terlalu tinggi untuk tempoh panjang boleh memberi kesan terhadap keupayaan kerajaan membiayai sektor penting lain.

“Jika harga tenaga global terus meningkat dalam tempoh lama, ia boleh memberi tekanan kepada peruntukan untuk sektor kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan pembangunan ekonomi.

“Sebab itu banyak negara kini beralih kepada mekanisme subsidi yang lebih bersasar bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan serta mengurangkan ketirisan,” katanya.

Beliau berkata, ketahanan fiskal juga merupakan elemen penting dalam memastikan negara mampu berdepan sebarang kejutan ekonomi pada masa hadapan.

Mengulas prospek ekonomi semasa, Mohd Hassan mengakui situasi global ketika ini sukar diramal susulan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berterusan.

Bagaimanapun, beliau yakin Malaysia berada dalam kedudukan yang lebih bersedia kerana mempunyai institusi yang kukuh, keupayaan tenaga domestik, pengalaman mengurus krisis serta kerjasama erat antara kerajaan dan industri.

“Kita pernah melalui pelbagai krisis besar sebelum ini dan pengalaman itu menjadi kekuatan penting dalam menghadapi cabaran semasa.

“Apa yang penting ialah rakyat terus bertenang, mendapatkan maklumat yang tepat dan sentiasa bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi global,” katanya.

Tags: Kedah GazetteKrisis bekalan globalMedia Gazette
Previous Post

AI berisiko jadi bentuk baharu penjajahan digital – PM

Next Post

Rakyat disaran ubah tabiat penggunaan hadapi gangguan bekalan global

Ammar Haziq

Ammar Haziq

Related Posts

UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
Malaysia

UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat

by Abu Ammar
October 9, 2026
Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut
Malaysia

Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut

by Abu Ammar
October 7, 2026
Buli di sekolah : KPM perlu perkukuh pencegahan, disiplin dan perlindungan guru
Malaysia

Buli di sekolah : KPM perlu perkukuh pencegahan, disiplin dan perlindungan guru

by Abu Ammar
October 6, 2026
PEKA suluh harapan, bekal banduan bina hidup baharu
Malaysia

PEKA suluh harapan, bekal banduan bina hidup baharu

by Abu Ammar
October 2, 2026
Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026
Malaysia

Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026

by Abu Ammar
September 18, 2026
Next Post
Rakyat disaran ubah tabiat penggunaan hadapi gangguan bekalan global

Rakyat disaran ubah tabiat penggunaan hadapi gangguan bekalan global

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi

UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi

September 16, 2026
Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

July 7, 2026
Feri Pulau Pinang berlanggar dengan kapal, beberapa penumpang cedera ringan

Feri Pulau Pinang berlanggar dengan kapal, beberapa penumpang cedera ringan

September 2, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar barang kemas bukit kayu hitam Buli coding Dirempuh e-invois Felda Feri berlanggar HAWANA Hilang Kedah Gazette Korban kpm Krisis bekalan global KRT Kuasai AI Langkawi Lemas dalam longkang Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Nenek jumpa cucu PEKA Penjara Politeknik PSM Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah terbaring di dewan UMNO Kedah UPSI Usia 102 tahun UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
  • Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut
  • AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.