• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Sukan

UJGT tarik pelari antarabangsa, sasar 1,000 peserta

Abu Ammar by Abu Ammar
October 24, 2026
in Sukan
0
UJGT tarik pelari antarabangsa, sasar 1,000 peserta
0
SHARES
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Ultra Jerai Geopark Trail (UJGT) 2026 menyasarkan penyertaan lebih 1,000 pelari termasuk peserta antarabangsa menerusi penganjuran edisi ketiga acara larian denai itu pada 21 November depan.

Pengarah Program UJGT, Mohd Zamri Said berkata, setakat ini lebih 700 pelari telah mendaftar untuk menyertai acara berkenaan, termasuk peserta dari Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina.

Menurutnya, jumlah penyertaan itu dijangka terus meningkat menjelang hari pertandingan, selain menarik kira-kira 3,000 pengunjung ke kawasan Jerai Geopark.

“UJGT mencatatkan pertambahan peserta yang sangat baik sejak mula dianjurkan pada 2024 dengan hanya 80 peserta, sebelum meningkat kepada lebih 600 peserta pada 2025.

“Tahun ini, kita menyasarkan lebih 1,000 peserta bagi meneruskan perkembangan positif acara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Geotapak Sungai Teroi di sini.

Mohd Zamri berkata, UJGT 2026 menawarkan empat kategori larian iaitu 50 kilometer (km), 25km, 10km dan 5km yang bakal membawa peserta meneroka keunikan alam semula jadi serta landskap Jerai Geopark.

Antara laluan yang bakal dilalui peserta termasuk Geotapak Sungai Teroi, Rimba Rekreasi Lubuk Kawah, pendakian ke puncak Gunung Jerai dan Air Terjun Alor Naga.

Menurutnya, penganjuran acara itu bukan sahaja memberi cabaran fizikal kepada peserta, malah berpotensi memperkenalkan keindahan alam semula jadi Kedah kepada pelari dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Komuniti Kampung Teroi Bukit berkata, lebih 300 penduduk daripada kira-kira 14 komuniti tempatan turut terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Katanya, penglibatan komuniti itu penting bagi memastikan penganjuran UJGT memberikan manfaat secara langsung kepada penduduk setempat, khususnya melalui peluang perniagaan dan perkhidmatan berkaitan pelancongan.

“Antara objektif penganjuran UJGT adalah untuk mempromosikan Jerai Geopark sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa, menggalakkan perkembangan pelancongan sukan serta menjadikan acara ini sebagai program tahunan dalam kalendar pelancongan Kedah.

“Kita mahu penduduk setempat turut mendapat manfaat menerusi aktiviti perniagaan, inap desa dan perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang program berlangsung,” katanya.

Beliau berkata, penduduk tempatan turut membantu dalam aspek pengurusan logistik dan penganjuran festival bagi memastikan kelancaran acara berkenaan.

Sementara itu, kesinambungan usaha mempromosikan Jerai Geopark menerusi aktiviti sukan dan rekreasi akan diteruskan melalui penganjuran The Amazing Georace pada Jun 2027.

Mohd Zamri berkata, acara itu bakal menawarkan lima kategori iaitu 100km, 50km, 25km, 15km dan 5km.

UJGT 2027 pula dijangka berlangsung pada Oktober dengan mengekalkan empat kategori larian seperti penganjuran tahun ini.

Tags: (UJGT)Gunung JeraijeraiKedah GazetteMedia Gazette
Previous Post

Lelaki pergi menghadap Ilahi ketika sujud dalam solat berjemaah

Next Post

Jentayu FC juara Piala DZR 2026 selepas aksi tujuh gol

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Kejohanan bot laju antarabangsa di Sungai Kedah berpotensi jadi acara tahunan
Sukan

Kejohanan bot laju antarabangsa di Sungai Kedah berpotensi jadi acara tahunan

by Abu Ammar
November 6, 2026
Jentayu FC juara Piala DZR 2026 selepas aksi tujuh gol
Sukan

Jentayu FC juara Piala DZR 2026 selepas aksi tujuh gol

by Abu Ammar
October 25, 2026
UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara
Sukan

UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara

by Abu Ammar
July 21, 2026
16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR
Sukan

16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR

by Abu Ammar
July 5, 2026
KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025
Sukan

KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Jentayu FC juara Piala DZR 2026 selepas aksi tujuh gol

Jentayu FC juara Piala DZR 2026 selepas aksi tujuh gol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Rohingya wajib patuh undang-undang Malaysia

Rohingya wajib patuh undang-undang Malaysia

June 13, 2026
Draf pindaan Akta MARA siap tiga bulan

Draf pindaan Akta MARA siap tiga bulan

May 7, 2026
UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim barang kemas bot laju bukit kayu hitam Buli Dirempuh Felda Feri berlanggar HAWANA Hilang JPN Kedah KDN Kedah Gazette Kedah Powerboat World Korban kpm Krisis bekalan global KRT Kuasai AI Langkawi Lemas dalam longkang Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette meninggal dunia Menteri Belia Sukan Nenek jumpa cucu PEKA pemandu lori Penjara Politeknik positif dadah Rohingya Rompak Saifuddin Nasution sanusi Sekolah sukan Perlis Tahanan rumah Najib terbaring di dewan UMNO Kedah UNCHR UPSI Usia 102 tahun UUM wau gergasi
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Sokongan masyarakat penting jamin kebajikan pelajar tahfiz, pondok
  • Lapan individu hilang dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak
  • KDN beri perhatian kebajikan keluarga anggota Maritim terkorban

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.