• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Naik taraf KKIA dipercepat susulan pertumbuhan Sabah lepasi unjuran

Media Gazette by Media Gazette
June 4, 2026
in Malaysia
0
0
SHARES
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG: Kerajaan Persekutuan akan mempercepatkan kerja menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) susulan pertumbuhan pesat sektor pembangunan dan pelancongan di Sabah yang kini melepasi unjuran asal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan ketara jumlah pelancong yang berkunjung ke negeri itu menyebabkan kemudahan sedia ada perlu ditambah baik dan diperluaskan dengan segera bagi menampung permintaan semasa.

Menurut beliau, perkembangan ekonomi dan pelancongan Sabah yang memberangsangkan membuktikan negeri itu sedang berada pada landasan pertumbuhan yang kukuh, sekali gus memerlukan pelaburan berterusan dalam aspek infrastruktur.

“Belum siap Kota Kinabalu (KKIA), penerbangan sudah meningkat. Jadi sudah bayangkan, kadang-kadang tak terjangkau unjuran biasa.

“Unjuran biasa tidak menuntut kita melebarkan prasarana begitu cepat. Tetapi pertumbuhan Sabah ini melepasi unjuran biasa, mencatat pembangunan membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026; serta Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Dalam pada itu Anwar turut memuji kepimpinan Hajiji yang disifatkan mengamalkan pendekatan pentadbiran sederhana dengan memberi tumpuan kepada pembangunan, keamanan dan kesejahteraan rakyat sehingga membantu menjadikan sektor pelancongan Sabah antara yang terbaik di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan juga terus memastikan tiada negeri atau rakyat yang tercicir menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Bezanya hanya kita harus percepat dan pertingkatkan di rantau yang lebih ketinggalan. Berapa daerah terpencil di Pahang, berapa daerah banyak yang terpencil, pedalaman di Sabah dan Sarawak.

“Maka tumpuan itu ke arah sana,” katanya.
Menyentuh sambutan Pesta Kaamatan,

Anwar berkata beliau berbangga kerana perayaan itu kini menjadi antara acara tahunan dalam kalendar rasmi beliau, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam meraikan kepelbagaian budaya, kaum dan agama di negara ini.

Menurutnya, setiap program rasmi kerajaan sentiasa memberi ruang kepada penyertaan pelbagai budaya termasuk masyarakat Sabah, selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional.

“Mahu jadi pimpinan negeri, apatah lagi negara, kebangsaan, mesti tonjolkan susuk peribadi memberikan gambaran, selain daripada memperjuangkan prihatin terhadap kaum atau agama dan masyarakat mereka, mesti melayakkan diri menjadi tokoh yang merasa dan prihatin semua masyarakat dalam negara kita.

“Kerana sebaik saja kita menjurus kepada kepentingan satu puak, ia bertentangan dengan semangat perpaduan ini dan meruntuhkan budaya kita,” katanya.

Tags: Anwar IbrahimKedah GazetteLapangan Terbang Antarabangsa Kota KinabaluMedia Gazette
Previous Post

PM sumbang lapan lembu korban untuk 2,000 Orang Asli Tambun

Next Post

Tiada Keperluan PRU16, Kerajaan Mahu Tumpu Tadbir Negara

Media Gazette

Media Gazette

Related Posts

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur
Malaysia

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

by Abu Ammar
July 23, 2026
Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah
Malaysia

Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

by Abu Ammar
July 23, 2026
101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar
Malaysia

101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar

by Abu Ammar
July 21, 2026
MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK
Malaysia

MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK

by Abu Ammar
July 14, 2026
Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
Malaysia

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

by Abu Ammar
July 10, 2026
Next Post
Tiada Keperluan PRU16, Kerajaan Mahu Tumpu Tadbir Negara

Tiada Keperluan PRU16, Kerajaan Mahu Tumpu Tadbir Negara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

May 7, 2026
PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak

PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak

July 8, 2026
TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta

TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta

June 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam coding Diesel bersubsidi Dirempuh e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global lapan cedera Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz UniMAP UPSI UUM Wartawan Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
  • UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
  • Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.