• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar

Abu Ammar by Abu Ammar
July 21, 2026
in Malaysia
0
101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Seramai 101 pelajar berjaya menyelamatkan diri apabila asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Tarbiah Diniah di Jalan Pegawai di sini terbakar dalam kejadian awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.47 pagi itu, kebakaran melibatkan bangunan asrama lelaki dua tingkat berkelas A berkeluasan kira-kira 30 kaki x 100 kaki.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada jam 2.47 pagi sebelum menggerakkan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim serta sebuah lagi dari BBP Kulim Hi-Tech ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian dan mendapati kebakaran telah memusnahkan kira-kira 65 peratus struktur tingkat atas bangunan asrama berkenaan.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kejadian itu kerana kesemua 101 pelajar berjaya keluar dari bangunan dan berkumpul di kawasan selamat sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan, Abdul Mois Ahmad Mansur dengan kekuatan 12 anggota bersama dua jentera dari JBPM.

Operasi itu turut mendapat bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lunas dan PBS Kulim membabitkan tujuh anggota, selain dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan empat aliran sepanjang 200 kaki dengan empat pancutan, manakala sumber air diperoleh daripada tangki jentera serta bantuan lori tangki milik PBS.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.09 pagi sebelum anggota bomba menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran berulang.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Tags: Asrama terbakarKedah GazetteMedia Gazette
Previous Post

MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK

Next Post

Didakwa jadikan talak taruhan bola sepak, pasangan disaran rujuk Mahkamah Syariah

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026
Malaysia

Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026

by Abu Ammar
September 18, 2026
Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO
Malaysia

Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

by Abu Ammar
September 16, 2026
Lemas dalam longkang: Empat kanak-kanak maut selepas dipercayai cuba mengambil bola – polis
Malaysia

Lemas dalam longkang: Empat kanak-kanak maut selepas dipercayai cuba mengambil bola – polis

by Abu Ammar
September 14, 2026
Feri Pulau Pinang berlanggar dengan kapal, beberapa penumpang cedera ringan
Malaysia

Feri Pulau Pinang berlanggar dengan kapal, beberapa penumpang cedera ringan

by Abu Ammar
September 2, 2026
Wau gergasi 10 kaki semarak bulan kemerdekaan
Malaysia

Wau gergasi 10 kaki semarak bulan kemerdekaan

by Abu Ammar
August 26, 2026
Next Post
Didakwa jadikan talak taruhan bola sepak, pasangan disaran rujuk Mahkamah Syariah

Didakwa jadikan talak taruhan bola sepak, pasangan disaran rujuk Mahkamah Syariah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

PM umum langkah segera tangani kos sara hidup

PM umum langkah segera tangani kos sara hidup

May 7, 2026
Tiada Keperluan PRU16, Kerajaan Mahu Tumpu Tadbir Negara

Tiada Keperluan PRU16, Kerajaan Mahu Tumpu Tadbir Negara

June 5, 2026
Rohingya wajib patuh undang-undang Malaysia

Rohingya wajib patuh undang-undang Malaysia

June 13, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani barang kemas bukit kayu hitam coding Dirempuh e-invois Emas Felda Feri berlanggar HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban Krisis bekalan global KRT Lemas dalam longkang Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM PBMK pemandu lori Politeknik Politik perkauman positif dadah PSM Rohingya Rompak RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah UMNO Kedah UNCHR UPSI UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026
  • Pecah tiga kotak kaca, empat lelaki kebas barang kemas hampir RM1 juta
  • Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.