• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Lain-Lain

UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global

Abu Ammar by Abu Ammar
July 23, 2026
in Lain-Lain
0
UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
0
SHARES
32
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) memperkukuhkan komitmennya dalam mentransformasikan pendidikan tinggi menerusi pemerkasaan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh atau Open and Distance Learning (ODL) serta pelancaran Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) UUM 2026.

Inisiatif ini adalah sejajar dengan keperluan pembelajaran digital, fleksibel, berorientasikan masa depan dan dilihat sebagai langkah strategik universiti dalam memperluaskan akses pendidikan berkualiti serta meningkatkan kesiapsiagaan warga akademik mendepani perubahan landskap pendidikan tinggi global yang semakin dipacu teknologi.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ODL dan PTG kini bukan lagi pendekatan alternatif, sebaliknya menjadi komponen penting dalam ekosistem pendidikan tinggi bagi memenuhi keperluan generasi baharu yang mahukan pengalaman pembelajaran lebih terbuka, fleksibel dan tanpa sempadan.

Menurutnya, dunia hari ini menuntut kaedah pembelajaran yang lebih fleksibel, dinamik dan mampu memenuhi keperluan generasi baharu.
Katanya, pelajar tidak lagi mahu pembelajaran terhad kepada satu lokasi atau satu institusi semata-mata, sebaliknya ingin memperoleh pengalaman pembelajaran daripada pelbagai sumber dan institusi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Bengkel ODL serta Pelancaran Garis Panduan Pelaksanaan PTG UUM 2026 di EDC-UUM, kelmarin.

Dr. Mohd Azizuddin berkata, pendekatan pembelajaran hibrid, ODL dan pemindahan kredit antara institusi dijangka menjadi norma baharu pendidikan tinggi apabila pelajar berpeluang mengikuti kursus di pelbagai institusi dengan pengiktirafan kredit bagi melengkapkan keperluan akademik masing-masing.

Menurutnya, Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 yang menyasarkan kemasukan kira-kira 500,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2035 menuntut institusi pengajian tinggi mengembangkan penawaran program secara dalam talian bagi memastikan akses kepada pendidikan Malaysia dapat diperluaskan ke peringkat global.

“Kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti pada masa hadapan perlu bersedia untuk dilaksanakan secara digital dan mampu diakses oleh pelajar dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata, UUM mempunyai asas yang kukuh dalam pelaksanaan pembelajaran dalam talian, namun usaha memperkasakan sistem digital, infrastruktur, platform pembelajaran serta sokongan teknologi perlu diteruskan bagi memastikan universiti kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Pada masa sama, beliau berkata, perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) turut mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran, sekali gus menuntut warga akademik meningkatkan kompetensi serta menguasai teknologi tersebut secara beretika.

“Pensyarah perlu sentiasa meningkatkan kompetensi agar mampu memanfaatkan teknologi secara beretika dan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar,” katanya.

Beliau turut menegaskan kejayaan pelaksanaan ODL dan PTG memerlukan komitmen seluruh ekosistem universiti, dengan UTLC terus memainkan peranan sebagai rakan strategik melalui latihan, pembangunan pedagogi, penggunaan teknologi digital serta pelaksanaan program peningkatan dan pembaharuan kemahiran warga akademik.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti (UTLC), Prof. Dr. Siti Nor Ismail berkata, Bengkel ODL yang berlangsung selama empat hari itu berjaya memperkukuhkan keupayaan warga akademik dalam mereka bentuk serta mengendalikan kursus berasaskan pembelajaran terbuka dan jarak jauh mengikut amalan terbaik.

Menurutnya, pembangunan ODL bukan hanya melibatkan penggunaan platform digital, sebaliknya memerlukan perancangan menyeluruh merangkumi reka bentuk pembelajaran, penyusunan kandungan, kaedah interaksi, pentaksiran serta sokongan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar.

“Teknologi sememangnya mampu memperluaskan akses kepada pendidikan, namun teknologi semata-mata tidak menjamin keberkesanan pembelajaran.

“Kualiti pembelajaran masih bergantung kepada keupayaan pensyarah mereka bentuk pengalaman pembelajaran yang jelas, bermakna dan benar-benar berpusatkan pelajar,” katanya.

Dr. Siti Nor berkata, pelancaran Garis Panduan Pelaksanaan PTG UUM 2026 akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pembelajaran teradun yang lebih sistematik, seragam dan berkualiti di seluruh universiti.

Menurutnya, dokumen itu akan menjadi rujukan utama kepada pensyarah, penyelaras kursus, ketua jabatan dan pengurusan akademik bagi memastikan setiap aktiviti pembelajaran dalam talian yang menggantikan sesi bersemuka mempunyai objektif yang jelas, setara dari segi nilai pembelajaran serta mampu mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Katanya, UTLC akan terus memperkukuhkan peranannya sebagai pusat rujukan strategik melalui penyediaan latihan, khidmat rundingan, pembangunan kapasiti, sokongan pedagogi dan platform perkongsian amalan terbaik bagi memastikan warga akademik sentiasa bersedia menghadapi perubahan pendidikan tinggi.

“Transformasi akademik tidak berlaku melalui usaha individu semata-mata, sebaliknya terhasil apabila seluruh warga universiti bergerak dengan matlamat, kefahaman dan komitmen yang sama,” katanya.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian sijil kepada 44 peserta Bengkel ODL sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka meningkatkan profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran digital, sekali gus menyokong aspirasi UUM melahirkan graduan berkualiti, berdaya saing serta memenuhi keperluan pendidikan masa hadapan.

Tags: Kedah GazetteMedia GazetteUUM
Previous Post

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

Next Post

Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
Lain-Lain

Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan

by Abu Ammar
July 30, 2026
Pemandu Myvi tersepit, lapan cedera nahas tiga kenderaan
Lain-Lain

Pemandu Myvi tersepit, lapan cedera nahas tiga kenderaan

by Abu Ammar
June 28, 2026
Universiti bukan lubuk rasuah tapi berisiko
Lain-Lain

Universiti bukan lubuk rasuah tapi berisiko

by Abu Ammar
June 25, 2026
Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai
Lain-Lain

Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai

by Ammar Haziq
June 7, 2026
Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah
Lain-Lain

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

by Ammar Haziq
June 7, 2026
Next Post
Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan

Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan

Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan

July 11, 2026
Diesel Bersubsidi Turun Kepada RM2.10 Mulai Julai

Diesel Bersubsidi Turun Kepada RM2.10 Mulai Julai

June 23, 2026
Dakwaan ‘duit haram berbilion’ fitnah, Farhash serah kes kepada polis

Dakwaan ‘duit haram berbilion’ fitnah, Farhash serah kes kepada polis

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam coding Diesel bersubsidi Dirempuh e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global lapan cedera Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz UniMAP UPSI UUM Wartawan Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
  • UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
  • Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.