• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026

Abu Ammar by Abu Ammar
September 18, 2026
in Malaysia
0
Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026
0
SHARES
26
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Pengiktirafan penarafan bintang kepada pusat kecemerlangan teknologi (Centre of Technology – COT) politeknik seluruh negara menjadi antara kemuncak penganjuran POLYCC Industry Education Centre (IEC) 2026 di Dewan Sri Mas, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), di sini pada Khamis.

Pengiktirafan berkenaan merangkumi penarafan satu, dua dan tiga bintang sebagai penghargaan terhadap pencapaian serta sumbangan COT dalam bidang tujahan masing-masing sepanjang 2025.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ulaimi Yahya berkata, hubungan antara institusi pendidikan dan industri perlu diperkukuhkan bagi memastikan program TVET kekal selari dengan keperluan pasaran pekerjaan.

Menurutnya, kerjasama berkenaan juga penting dalam usaha memperluaskan agenda pengantarabangsaan TVET serta melahirkan graduan yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan keperluan industri.

“Sinergi antara POLYCC dan pemain industri tidak boleh lagi bersifat konvensional. Kita perlu bergerak seiring dengan kepesatan teknologi industri moden.

“JPPKK sentiasa komited memastikan kurikulum dan latihan yang ditawarkan di politeknik serta kolej komuniti mampu melahirkan modal insan digital yang kalis masa hadapan (future-proof) demi mendepani pasaran kerja yang semakin dinamik,” katanya ketika merasmikan POLYCC IEC 2026 pada Khamis.

Beliau berkata, pengiktirafan COT yang diberikan turut mencerminkan usaha institusi pendidikan dan rakan industri dalam menghubungkan pembelajaran berasaskan teori dengan keperluan sebenar di tempat kerja.

Dalam majlis sama, Anugerah Best Overall 3 Star Rating bagi kategori utama menyaksikan Centre of Technology Marine Engineering, Politeknik Ungku Omar, Perak menerima Award Diamond.

Award Sapphire pula diraih Centre for Medical Electronic Technology, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), manakala Award Emerald diberikan kepada Polytechnic Centre of Automotive and Manufacturing, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Sementara itu, tuan rumah POLIMAS turut mencatat beberapa kejayaan menerusi penganjuran berkenaan.

Centre of Technology Town and Regional Planning (CToP) POLIMAS menerima Anugerah Pengurus Terbaik COT 2 Star Rating yang diberikan kepada Azzatunisa Ahmad ZubIr, selain turut dinobatkan sebagai Pempamer Terbaik.

Centre for Mechanical Engineering Plastic (CMeP) POLIMAS pula menerima Penarafan 2 Star Rating.

Pengarah POLIMAS, Wan Zulkifly Wan Zakaria berkata, penganjuran POLYCC IEC 2026 menjadi peluang untuk institusi pendidikan dan pemain industri memperkukuh kerjasama dalam membangunkan ekosistem TVET yang lebih dinamik.

“Sebagai tuan rumah, kami di POLIMAS melihat penganjuran POLYCC IEC 2026 ini bukan sekadar satu majlis pertemuan, tetapi merupakan satu lonjakan penting dalam membina ekosistem TVET yang dinamik.

“Kebersamaan antara institusi dan rakan industri pada hari ini adalah kunci utama untuk menterjemahkan inovasi kepada impak ekonomi yang nyata,” katanya.

Program anjuran Bahagian Perancangan Program dan Institusi (BPPI), JPPKK di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu menghimpunkan pengurusan tertinggi JPPKK, pengarah politeknik dan kolej komuniti serta wakil industri.

Majlis yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1.30 tengah hari itu turut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan strategik antara institusi POLYCC dengan sektor industri negara.

Tags: Kedah GazetteMedia GazettePoliteknik
Previous Post

Pecah tiga kotak kaca, empat lelaki kebas barang kemas hampir RM1 juta

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO
Malaysia

Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

by Abu Ammar
September 16, 2026
Lemas dalam longkang: Empat kanak-kanak maut selepas dipercayai cuba mengambil bola – polis
Malaysia

Lemas dalam longkang: Empat kanak-kanak maut selepas dipercayai cuba mengambil bola – polis

by Abu Ammar
September 14, 2026
Feri Pulau Pinang berlanggar dengan kapal, beberapa penumpang cedera ringan
Malaysia

Feri Pulau Pinang berlanggar dengan kapal, beberapa penumpang cedera ringan

by Abu Ammar
September 2, 2026
Wau gergasi 10 kaki semarak bulan kemerdekaan
Malaysia

Wau gergasi 10 kaki semarak bulan kemerdekaan

by Abu Ammar
August 26, 2026
Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur
Malaysia

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

by Abu Ammar
July 23, 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

June 7, 2026
Aktivis Sumud Flotilla Ditahan: Tindakan Israel Disifatkan Bacul

Aktivis Sumud Flotilla Ditahan: Tindakan Israel Disifatkan Bacul

May 7, 2026
Dunia perlu kepimpinan berwawasan, bukan sekadar kuasa – PM

Dunia perlu kepimpinan berwawasan, bukan sekadar kuasa – PM

June 10, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani barang kemas bukit kayu hitam coding Dirempuh e-invois Emas Felda Feri berlanggar HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban Krisis bekalan global KRT Lemas dalam longkang Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM PBMK pemandu lori Politeknik Politik perkauman positif dadah PSM Rohingya Rompak RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah UMNO Kedah UNCHR UPSI UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026
  • Pecah tiga kotak kaca, empat lelaki kebas barang kemas hampir RM1 juta
  • Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.