• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Gaya hidup

Sokongan masyarakat penting jamin kebajikan pelajar tahfiz, pondok

Abu Ammar by Abu Ammar
November 10, 2026
in Gaya hidup
0
Sokongan masyarakat penting jamin kebajikan pelajar tahfiz, pondok
0
SHARES
67
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Sokongan berterusan masyarakat terhadap institusi pendidikan agama perlu diperkukuhkan bagi memastikan kebajikan pelajar tahfiz dan pondok terus mendapat perhatian, khususnya dalam memenuhi keperluan harian mereka.

Keprihatinan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat penting bagi membantu meringankan beban pengurusan institusi berkenaan, selain memastikan pelajar dapat meneruskan pengajian dalam suasana lebih terjamin.

Sehubungan itu, Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA MALAYSIA) menerusi cawangannya di Kulim mengambil inisiatif menganjurkan Program Sumbangan Beras kepada pelajar tahfiz dengan kerjasama DARSA, Pondok Tuan Guru Sheikh Zainul Asri, pada Isnin.

Bendahari PERTIGA KULIM, Muhammad Nazirul berkata, program itu merupakan usaha julung kali pihaknya mengadakan kerjasama dengan institusi tahfiz menerusi penyaluran sumbangan keperluan asas.

Menurutnya, inisiatif berkenaan bukan sekadar bertujuan membantu keperluan pihak pondok, malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli pertubuhan dengan warga institusi pendidikan agama.

“Buat julung kalinya, PERTIGA MALAYSIA cawangan Kulim mengadakan program bersama pelajar tahfiz menerusi sumbangan beras kepada pihak pondok.

“Program ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan, malah menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim serta mengangkat martabat sekolah-sekolah agama berstatus pondok,” katanya.

Beliau berkata, sokongan berterusan terhadap institusi tahfiz dan pondok amat penting bagi memastikan kebajikan pelajar sentiasa mendapat perhatian masyarakat.

Katanya, usaha membantu institusi pendidikan agama juga perlu dilihat sebagai tanggungjawab bersama dan tidak hanya bergantung kepada pihak pengurusan pondok semata-mata.

PERTIGA MALAYSIA merupakan NGO yang aktif melaksanakan pelbagai program amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat serta menyemai semangat keprihatinan dalam kalangan ahli dan komuniti setempat.

Penganjuran program itu diharap menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama antara PERTIGA KULIM dengan institusi pendidikan agama pada masa akan datang.

Tags: Kedah GazetteMedia GazettePertigaPondoktahfiz
Previous Post

Lapan individu hilang dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi
Gaya hidup

AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi

by Abu Ammar
October 6, 2026
Rahsia umur panjang Tok Bedah usia 102 tahun
Gaya hidup

Rahsia umur panjang Tok Bedah usia 102 tahun

by Abu Ammar
October 5, 2026
Rakyat disaran ubah tabiat penggunaan hadapi gangguan bekalan global
Gaya hidup

Rakyat disaran ubah tabiat penggunaan hadapi gangguan bekalan global

by Ammar Haziq
June 10, 2026
Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua
Gaya hidup

Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Kokain di Jepun: Saifuddin arah JSJN dapatkan maklumat penahanan rakyat Malaysia

Kokain di Jepun: Saifuddin arah JSJN dapatkan maklumat penahanan rakyat Malaysia

October 14, 2026
25,000 individu bakal manfaat Bakat MADANI

25,000 individu bakal manfaat Bakat MADANI

July 1, 2026
Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim barang kemas bot laju bukit kayu hitam Buli Dirempuh Felda Feri berlanggar HAWANA Hilang JPN Kedah KDN Kedah Gazette Kedah Powerboat World Korban kpm Krisis bekalan global KRT Kuasai AI Langkawi Lemas dalam longkang Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette meninggal dunia Menteri Belia Sukan Nenek jumpa cucu PEKA pemandu lori Penjara Politeknik positif dadah Rohingya Rompak Saifuddin Nasution sanusi Sekolah sukan Perlis Tahanan rumah Najib terbaring di dewan UMNO Kedah UNCHR UPSI Usia 102 tahun UUM wau gergasi
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Sokongan masyarakat penting jamin kebajikan pelajar tahfiz, pondok
  • Lapan individu hilang dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak
  • KDN beri perhatian kebajikan keluarga anggota Maritim terkorban

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.