• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Politik

Logo PAS boleh jadi alternatif PN pada PRN Melaka – Sanusi

Abu Ammar by Abu Ammar
October 20, 2026
in Politik
0
Logo PAS boleh jadi alternatif PN pada PRN Melaka – Sanusi
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) boleh menggunakan logo Pas sebagai alternatif untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penggunaan logo Pas tidak menjadi masalah kerana lambang parti itu sudah dikenali secara meluas dalam kalangan pengundi.

“PN boleh gunakan logo PAS untuk bertanding dalam pilihan raya,” katanya ketika mengulas implikasi pembatalan pendaftaran gabungan itu terhadap penggunaan logo PN pada PRN Melaka.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat turut mendakwa tindakan membatalkan pendaftaran PN mencerminkan usaha menyekat kemaraan gabungan berkenaan menjelang pilihan raya akan datang.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai pendekatan ‘ala mafia’ yang tidak mencerminkan amalan demokrasi.

“Jarang kerajaan di dunia ini membatalkan pendaftaran parti pihak lawan, kecuali kerajaan diktator dan komunis. Malaysia ini ala mafia, mereka terdesak,” katanya.

Sebelum ini, pada 8 Oktober, Sanusi turut menyatakan bahawa penggunaan logo PAS antara alternatif yang boleh dipertimbangkan sekiranya keputusan berhubung status pendaftaran PN tidak memihak kepada gabungan itu.

JPPM pada Selasa memaklumkan bahawa pendaftaran PN dibatalkan di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

Menurut JPPM, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti maklum balas PN yang diterima pada 12 Oktober lalu berhubung notis bertarikh 22 September 2026.

JPPM berkata, penjelasan serta dokumen yang dikemukakan PN tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran seperti dinyatakan dalam notis berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan JPPM berhubung notis cadangan pembatalan pendaftaran serta perintah penggantungan aktiviti gabungan itu.

Permohonan berkenaan difailkan pada 5 Oktober bersama empat lagi setiausaha agung parti komponen PN.

Sebelum itu, JPPM mengeluarkan perintah penggantungan semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 September di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, 10 November bagi pengundian awal dan 14 November sebagai hari mengundi bagi PRN Melaka.

Tags: Kedah GazetteLogo PASMedia GazettePRN Melakasanusi
Previous Post

“Tun M kena cepat sihat, boleh naik ECRL ke Kelantan”

Next Post

Lelaki pergi menghadap Ilahi ketika sujud dalam solat berjemaah

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi
Politik

UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi

by Abu Ammar
September 16, 2026
Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor
Politik

Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

by Abu Ammar
July 7, 2026
Kematangan Politik Benteng Perpaduan Negara – PM
Politik

Kematangan Politik Benteng Perpaduan Negara – PM

by Ammar Haziq
June 18, 2026
PM tegur politik ketepi fakta isu bekalan global
Politik

PM tegur politik ketepi fakta isu bekalan global

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Lelaki pergi menghadap Ilahi ketika sujud dalam solat berjemaah

Lelaki pergi menghadap Ilahi ketika sujud dalam solat berjemaah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Jentayu FC juara Piala DZR 2026 selepas aksi tujuh gol

Jentayu FC juara Piala DZR 2026 selepas aksi tujuh gol

October 25, 2026
Krisis bekalan global boleh jejas kos sara hidup rakyat

Subsidi bersasar lindungi rakyat, kukuhkan kewangan negara

June 10, 2026
Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

September 16, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim barang kemas bot laju bukit kayu hitam Buli Dirempuh Felda Feri berlanggar HAWANA Hilang JPN Kedah KDN Kedah Gazette Kedah Powerboat World Korban kpm Krisis bekalan global KRT Kuasai AI Langkawi Lemas dalam longkang Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette meninggal dunia Menteri Belia Sukan Nenek jumpa cucu PEKA pemandu lori Penjara Politeknik positif dadah Rohingya Rompak Saifuddin Nasution sanusi Sekolah sukan Perlis Tahanan rumah Najib terbaring di dewan UMNO Kedah UNCHR UPSI Usia 102 tahun UUM wau gergasi
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Sokongan masyarakat penting jamin kebajikan pelajar tahfiz, pondok
  • Lapan individu hilang dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak
  • KDN beri perhatian kebajikan keluarga anggota Maritim terkorban

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.