• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Lemas dalam longkang: Empat kanak-kanak maut selepas dipercayai cuba mengambil bola – polis

Abu Ammar by Abu Ammar
September 14, 2026
in Malaysia
0
Lemas dalam longkang: Empat kanak-kanak maut selepas dipercayai cuba mengambil bola – polis
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Hasrat empat kanak-kanak bermain bola bersama bertukar tragedi apabila kesemuanya dipercayai terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira 10 kaki di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, keempat-empat mangsa berusia antara lapan hingga 12 tahun disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan pada malam Isnin.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua mangsa tinggal berhampiran kawasan Taman Desa Kayangan dan dipercayai keluar dari rumah untuk bermain bola.

“Bagaimanapun, bola berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam longkang sebelum kesemua mangsa cuba mengambilnya.

“Kesemua mereka kemudiannya dipercayai terjatuh ke dalam longkang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, tiada saksi yang melihat kejadian itu berlaku dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui kejadian sebenar.

“Longkang berkenaan dianggarkan mempunyai kedalaman kira-kira 10 kaki dan lebar enam kaki,” katanya.

Menurutnya, pihak ambulans yang tiba di lokasi mengesahkan dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa yang turut dikeluarkan dari longkang bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulim.

Kesemua mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12; Muhammad Arif Naufan Abdullah, lapan; Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12; dan Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10.

Difahamkan, Muhamad Aeril Aziz dan Muhammad Arif Naufan merupakan adik-beradik tiri.

Kesemua jenazah kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian dan mendapatkan maklumat lanjut bagi melengkapkan siasatan.

Tags: Kedah GazetteLemas dalam longkangMedia Gazette
Previous Post

Feri Pulau Pinang berlanggar dengan kapal, beberapa penumpang cedera ringan

Next Post

UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026
Malaysia

Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026

by Abu Ammar
September 18, 2026
Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO
Malaysia

Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

by Abu Ammar
September 16, 2026
Feri Pulau Pinang berlanggar dengan kapal, beberapa penumpang cedera ringan
Malaysia

Feri Pulau Pinang berlanggar dengan kapal, beberapa penumpang cedera ringan

by Abu Ammar
September 2, 2026
Wau gergasi 10 kaki semarak bulan kemerdekaan
Malaysia

Wau gergasi 10 kaki semarak bulan kemerdekaan

by Abu Ammar
August 26, 2026
Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur
Malaysia

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

by Abu Ammar
July 23, 2026
Next Post
UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi

UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Lemas dalam longkang: Empat kanak-kanak maut selepas dipercayai cuba mengambil bola – polis

Lemas dalam longkang: Empat kanak-kanak maut selepas dipercayai cuba mengambil bola – polis

September 14, 2026

June 4, 2026
Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai

Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai

June 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani barang kemas bukit kayu hitam coding Dirempuh e-invois Emas Felda Feri berlanggar HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban Krisis bekalan global KRT Lemas dalam longkang Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM PBMK pemandu lori Politeknik Politik perkauman positif dadah PSM Rohingya Rompak RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah UMNO Kedah UNCHR UPSI UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Pengiktirafan COT kemuncak POLYCC IEC 2026
  • Pecah tiga kotak kaca, empat lelaki kebas barang kemas hampir RM1 juta
  • Kerajaan Jangan tunduk kepada tekanan UNHCR – NGO

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.