• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

sysniaga@gmail.com by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
in Malaysia
0
UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju pembangunan bakat industri elektrik dan elektronik (E&E) negara menerusi kerjasama strategik bersama Infineon Technologies Sdn. Bhd.

Inisiatif itu selari dengan aspirasi New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) yang menekankan pemerkasaan ekosistem semikonduktor negara bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Naib Canselor UniMAP, Dato Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata, kerjasama bersama industri membuktikan komitmen universiti dalam melahirkan bakat yang bukan sahaja berpengetahuan, malah kompeten dan bersedia memenuhi keperluan sebenar industri.

UniMAP memberi penekanan kepada pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman industri, khususnya dalam bidang semikonduktor yang kini menjadi antara pemacu utama ekonomi negara.

Kerjasama ini diperkukuh menerusi pelaksanaan Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Elektronik) secara separuh masa bermula Oktober 2027 melibatkan 20 pekerja mahir Infineon yang memberi peluang kepada tenaga industri meningkatkan kelayakan akademik tanpa meninggalkan kerjaya, selain menggabungkan pembelajaran kuliah dan latihan makmal fabrikasi, katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Infineon Tehcnologies (Kulim) Sdn Bhd yang diwakili Naib Presiden Kanan & Pengarah Urusan Infineon Ng Kok Tiong di syarikat berkenaan di sini.

Turut hadir Naib Presiden & Ketua Pegawai Kewangan Infineon Kam Ai Mei, Pengarah Kanan Teknologi Infineon Kulim, Tan Soon Keong dan Dekan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN) UniMAP Prof Madya Ir Ts Dr Razaidi Hussin.

Beliau berkata sehingga kini, lebih 200 alumni UniMAP berkhidmat sebagai jurutera di Infineon, manakala universiti itu turut menyumbang lebih 6,000 bakat dalam bidang E&E setiap tahun.

Sumbangan ini menyokong keperluan dianggarkan 60,000 bakat E&E menjelang 2030, khususnya dalam sektor semikonduktor, katanya.

Sementara itu, melalui Program Sijil Profesional Kejuruteraan Semikonduktor UniMAP-Infineon Fundamental Knowledge Learning, tenaga pengajar UniMAP membimbing staf Infineon menerusi pendekatan menyeluruh merangkumi teori dan latihan amali berteknologi tinggi selama dua tahun.

Razaidi berkata kolaborasi strategik antara UniMAP dan Infineon itu mencerminkan komitmen berterusan dalam membangunkan ekosistem semikonduktor mampan serta memastikan Malaysia kekal kompetitif sebagai hab E&E serantau, selaras dengan hala tuju NIMP 2030.

Program yang bermula sejak Julai 2025 di bawah seliaan penyelaras program Prof Madya Dr Shahrir Rizal Kasjoo itu merangkumi tujuh kursus teras termasuk Fizik Semikonduktor, Fabrikasi Mikroelektronik dan Peranti Semikonduktor Termaju.

“Peserta turut didedahkan kepada latihan hands-on di fasiliti canggih UniMAP seperti fasiliti canggih UniMAP, di bawah Jabatan Elektronik Semikonduktor, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN), iaitu Makmal Micro Fabrication Cleanroom, Makmal Failure Analysis serta Makmal Micro-electromechanical System (MEMS) yang membolehkan mereka memahami proses fabrikasi, simulasi serta pengujian peranti semikonduktor secara praktikal, katanya.

Previous Post

UUM bantu jana ekonomi komuniti di empat Kem ATM dengan projek bernilai RM570,000

Next Post

Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200

sysniaga@gmail.com

sysniaga@gmail.com

Related Posts

Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200
Malaysia

Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
UUM bantu jana ekonomi komuniti di empat Kem ATM dengan projek bernilai RM570,000
Malaysia

UUM bantu jana ekonomi komuniti di empat Kem ATM dengan projek bernilai RM570,000

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026
Malaysia

UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah
Malaysia

Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
PM umum langkah segera tangani kos sara hidup
Malaysia

PM umum langkah segera tangani kos sara hidup

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200

Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah

Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah

May 7, 2026
Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

May 7, 2026
Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Recent Posts

  • Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200
  • UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara
  • UUM bantu jana ekonomi komuniti di empat Kem ATM dengan projek bernilai RM570,000

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.