• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Subsidi bersasar lindungi rakyat, kukuhkan kewangan negara

Ammar Haziq by Ammar Haziq
June 10, 2026
in Malaysia
0
Krisis bekalan global boleh jejas kos sara hidup rakyat

FOTO MSU

0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan subsidi secara lebih bersasar bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sekali gus mengurangkan ketirisan dan mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK), Tan Sri Mohd Hassan Marican berkata, pendekatan itu penting bagi menyeimbangkan keperluan membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup dengan usaha memastikan sumber kewangan negara terus terpelihara.

Beliau berkata, langkah pembaharuan subsidi yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu terbukti membantu negara berdepan kesan ketidaktentuan ekonomi global dan krisis tenaga yang semakin mencabar.

Menurutnya, tanpa langkah rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan lebih awal, Malaysia berkemungkinan berdepan tekanan kewangan yang jauh lebih besar ketika ini.

“Pelaksanaan rangka kerja subsidi yang lebih strategik membantu menstabilkan ekonomi domestik daripada kesan kejutan luaran yang semakin serius.

“Jika pembaharuan subsidi bahan api tidak dilaksanakan secara proaktif sebelum ini, kedudukan negara hari ini mungkin lebih sukar,” katanya dalam temu bual bersama BERNAMA.

PPPK yang beroperasi di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bertanggungjawab menyelaras tindakan kerajaan dalam menangani kesan krisis tenaga global susulan konflik yang berlaku di Asia Barat.

Mohd Hassan berkata, situasi geopolitik semasa menyebabkan kos subsidi bahan api negara meningkat secara mendadak dalam tempoh singkat.

Katanya, perbelanjaan subsidi bahan api melonjak daripada sekitar RM700 juta sebulan pada Januari kepada RM5 bilion sebulan, sekali gus memberi tekanan besar kepada kewangan kerajaan.

“Jumlah subsidi pada skala itu tidak boleh dikekalkan untuk jangka panjang kerana ia memberi beban besar kepada belanjawan negara,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, PETRONAS terus memainkan peranan penting dalam menjamin bekalan bahan api domestik apabila membantu menampung kekurangan bekalan daripada syarikat minyak lain yang beroperasi di negara ini.

Menurutnya, komitmen tambahan yang ditanggung syarikat petroleum nasional itu mencecah ratusan juta ringgit, selain beban subsidi yang ditanggung kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan turut mengambil pelbagai langkah bagi memastikan rantaian bekalan negara terus stabil termasuk memperkukuh sistem logistik, meningkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti penyeludupan serta menstabilkan bekalan makanan.

Katanya, cabaran pada masa depan bukan lagi tertumpu kepada bekalan bahan api semata-mata, sebaliknya melibatkan gangguan rantaian bekalan global, masalah logistik dan persaingan mendapatkan sumber yang semakin sengit.

“Apa yang sedang dilakukan kerajaan dan industri ketika ini adalah membina penampan yang lebih kukuh supaya sektor-sektor kritikal dapat terus beroperasi walaupun berdepan ketidaktentuan bekalan global,” katanya.

Beliau berkata, kos mendapatkan bekalan dari pasaran antarabangsa kini semakin tinggi apabila premium insurans berkaitan risiko gangguan bekalan boleh menambah antara AS$30 hingga AS$40 bagi setiap tong minyak mentah.

Selain itu, peningkatan kos penghantaran, insurans dan operasi turut memberi tekanan kepada usaha memastikan bekalan bahan api domestik kekal stabil.

Sehubungan itu, Mohd Hassan menegaskan kepentingan perancangan awal, pengurusan sumber secara berhemat dan usaha mempelbagaikan sumber bekalan bagi meningkatkan daya tahan negara menghadapi sebarang kejutan pada masa depan.

Tags: Kedah GazetteMedia Gazettesubsidi bersasar
Previous Post

Dunia perlu kepimpinan berwawasan, bukan sekadar kuasa – PM

Next Post

Rohingya wajib patuh undang-undang Malaysia

Ammar Haziq

Ammar Haziq

Related Posts

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur
Malaysia

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

by Abu Ammar
July 23, 2026
Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah
Malaysia

Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

by Abu Ammar
July 23, 2026
101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar
Malaysia

101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar

by Abu Ammar
July 21, 2026
MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK
Malaysia

MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK

by Abu Ammar
July 14, 2026
Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
Malaysia

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

by Abu Ammar
July 10, 2026
Next Post
Rohingya wajib patuh undang-undang Malaysia

Rohingya wajib patuh undang-undang Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Krisis bekalan global boleh jejas kos sara hidup rakyat

Subsidi bersasar lindungi rakyat, kukuhkan kewangan negara

June 10, 2026
Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah

Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah

May 7, 2026
PM umum langkah segera tangani kos sara hidup

PM umum langkah segera tangani kos sara hidup

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam coding Diesel bersubsidi Dirempuh e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global lapan cedera Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz UniMAP UPSI UUM Wartawan Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
  • UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
  • Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.