• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Kerajaan tanggung hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun

Abu Ammar by Abu Ammar
July 8, 2026
in Malaysia
0
Kerajaan tanggung hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Kerajaan Persekutuan kini menanggung komitmen membayar hampir RM1 bilion hutang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) setiap tahun susulan kelemahan pengurusan pentadbiran terdahulu.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, beban kewangan itu terpaksa dipikul kerajaan bagi memastikan kebajikan peneroka serta kelangsungan FELDA terus terpelihara.

Menurutnya, FELDA pernah diurus dengan baik pada suatu ketika, namun keadaan berubah apabila berlaku kelemahan dalam pentadbiran sehingga menjejaskan institusi berkenaan.

“Setiap tahun kerajaan perlu membayar hampir RM1 bilion hutang. Apa salah peneroka? Dulu FELDA diurus dengan baik, tetapi selepas itu rosak dan akhirnya kerajaan yang terpaksa menanggung bebannya demi peneroka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Dialog Terbuka Belia Johor di FELDA Ulu Tebrau, di sini.

Hadir sama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.

Dalam pada itu, Anwar berkata Johor mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai antara negeri yang memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Beliau berkata, kedudukan strategik Johor serta pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi termasuk Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) mampu memperkukuhkan ekonomi negeri itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pembangunan pesat tidak seharusnya menyebabkan golongan miskin dan masyarakat luar bandar terus tercicir.

“Tanggungjawab kita ialah memastikan Johor terus maju, tetapi pada masa sama lebih prihatin terhadap nasib rakyat yang susah.

Pembangunan hanya bermakna jika manfaatnya turut dirasai golongan marhaen,” katanya.

Program itu adalah sebahagian daripada siri jelajah kempen Anwar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan pengundian pada 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai.

Tags: Hutang FELDAKedah GazetteMedia Gazette
Previous Post

Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

Next Post

Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
Malaysia

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

by Abu Ammar
July 10, 2026
Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu
Malaysia

Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

by Abu Ammar
July 10, 2026
PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak
Malaysia

PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak

by Abu Ammar
July 8, 2026
Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027
Malaysia

Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027

by Abu Ammar
July 8, 2026
Anwar nafi ada arahan sekat pemimpin masuk Felda
Malaysia

Anwar nafi ada arahan sekat pemimpin masuk Felda

by Abu Ammar
July 1, 2026
Next Post
Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027

Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Anwar nafi ada arahan sekat pemimpin masuk Felda

Anwar nafi ada arahan sekat pemimpin masuk Felda

July 1, 2026
Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027

Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027

July 8, 2026
Penuntut IPTS Berdepan Hukuman Mati Edar Ganja Bernilai RM1.17 Juta

Penuntut IPTS Berdepan Hukuman Mati Edar Ganja Bernilai RM1.17 Juta

June 25, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Asean Bakat Madani bukit kayu hitam Diesel bersubsidi e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Kematangan Politik Korban kriptologi Krisis bekalan global Kuasai AI lapan cedera Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Liga Kedah Majlis Ilmu Madani Majlis Media Malaysia Media Gazette Memorial Negarawan MMM Myvi orang asli PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Petronas PM Singapura Politik perkauman PRN PRU16 Rasuah Rusia Sadao Tuanku Muhriz Turkmenistan UniMAP UPSI UUM Wartawan
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan
  • Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
  • Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.