• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Bisnes

Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan

Abu Ammar by Abu Ammar
July 11, 2026
in Bisnes
0
Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Pembukaan jajaran laluan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi negeri-negeri sempadan Malaysia-Thailand.

Perdana Menteri, **Datuk Seri Anwar Ibrahim** berkata, projek itu bukan sahaja melancarkan pergerakan rentas sempadan, malah membuka lembaran baharu dalam kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Menurut beliau, Malaysia dan Thailand kini melangkaui hubungan diplomatik tradisional dengan memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi bersama yang mampu memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara.

“Ini merupakan satu lagi lembaran bersejarah yang mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.

“Ia bukan sesuatu yang mudah atau boleh dilaksanakan dalam masa singkat, namun dengan iltizam kepimpinan Malaysia dan Thailand, insya-ALLAH kita mampu menerajui pembangunan baharu untuk manfaat Perlis, Kedah, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan laluan baharu berkenaan bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul di sini pada Jumaat.

Anwar berkata, kedua-dua kerajaan turut memberi fokus kepada usaha mewujudkan Zon Ekonomi Khas Sempadan yang diyakini mampu merangsang pelaburan, perdagangan dan aktiviti ekonomi di kawasan sempadan.

Menurutnya, Malaysia dan Thailand juga menegaskan semula sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027, selain berusaha menyelesaikan pelbagai isu berkaitan kastam, imigresen, perdagangan makanan laut serta prosedur rentas sempadan.

Katanya, langkah itu penting bagi mengurangkan kos logistik, mempercepatkan urusan pelepasan di pintu masuk utama dan meningkatkan daya saing perdagangan antara kedua-dua negara.

“Tiada sebab lori perlu menunggu berjam-jam di pusat pemeriksaan akibat kelewatan yang tidak munasabah.

“Kita memerlukan proses pelepasan yang lebih pantas dan kos yang lebih rendah demi manfaat rakyat,” ujarnya.

Anwar turut menyifatkan kepimpinan Thailand sebagai pragmatik dan berorientasikan tindakan sehingga beberapa isu yang tertangguh sejak sekian lama berjaya mencapai kata sepakat dalam tempoh singkat.

Sementara itu, Anutin berkata, laluan baharu tersebut merupakan hasil kerjasama erat Malaysia dan Thailand dalam usaha memperkukuh hubungan ekonomi serta memudahkan perjalanan rentas sempadan.

Menurut beliau, projek berkenaan akan mempercepatkan pergerakan barangan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk utama antara kedua-dua negara.

“Thailand turut berusaha memperkukuh jaringan pengangkutan darat dan laut bagi memperluaskan laluan perdagangan ke utara Thailand, China malah berpotensi sehingga Rusia.

“Pada masa sama, barangan dari Thailand dan China akan dapat bergerak dengan lebih pantas ke Malaysia, Singapura dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua negara turut mencapai persefahaman dalam beberapa isu yang telah lama tertangguh termasuk sektor perikanan, selain bersetuju memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan tenaga menerusi perluasan rangkaian grid elektrik.

Laluan baharu yang menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao itu akan mula dibuka kepada semua pengguna jalan raya bermula jam 6 pagi pada Sabtu, manakala laluan lama yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam dengan Danok akan ditutup sepenuhnya bermula jam 12 tengah malam pada hari yang sama.

Pembukaan laluan berkenaan dilihat bakal mengukuhkan kedudukan Bukit Kayu Hitam sebagai pintu masuk perdagangan utama negara, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan wilayah sempadan Malaysia-Thailand.

Tags: bukit kayu hitamKedah GazetteMedia GazetteSadao
Previous Post

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani
Bisnes

Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

by Abu Ammar
July 8, 2026
AirTrunk Tambah Pelaburan RM12 Bilion, Kukuh Kedudukan Malaysia
Bisnes

AirTrunk Tambah Pelaburan RM12 Bilion, Kukuh Kedudukan Malaysia

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet
Bisnes

Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

NGO perlu dipantau ketat, PM mahu elak seleweng dana

NGO perlu dipantau ketat, PM mahu elak seleweng dana

May 7, 2026
TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta

TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta

June 7, 2026
Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

July 10, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Asean Bakat Madani bukit kayu hitam Diesel bersubsidi e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Kematangan Politik Korban kriptologi Krisis bekalan global Kuasai AI lapan cedera Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Liga Kedah Majlis Ilmu Madani Majlis Media Malaysia Media Gazette Memorial Negarawan MMM Myvi orang asli PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Petronas PM Singapura Politik perkauman PRN PRU16 Rasuah Rusia Sadao Tuanku Muhriz Turkmenistan UniMAP UPSI UUM Wartawan
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan
  • Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
  • Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.