• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Anwar Tambah RM1 Juta Untuk Tabung Kasih@HAWANA

Abu Ammar by Abu Ammar
June 23, 2026
in Malaysia
0
Anwar Tambah RM1 Juta Untuk Tabung Kasih@HAWANA
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA sebagai tanda sokongan berterusan kerajaan terhadap kebajikan pengamal media di negara ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan itu diberikan susulan kejayaan tabung berkenaan membantu ratusan pengamal media yang memerlukan sejak ia diperkenalkan.

Menurut beliau, sehingga kini seramai 773 pengamal media di seluruh negara telah menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan mencecah RM2.26 juta.

“Setakat ini 773 pengamal media seluruh negara telah menerima sumbangan berjumlah RM2.26 juta.

“Jadi, atas kejayaan ini dan semangat ihsan serta kasih, Tabung Kasih@HAWANA bagi tahun 2026 diperuntukkan tambahan RM1 juta,” katanya ketika merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Butterworth Arena.

Tabung Kasih@HAWANA dilancarkan sempena sambutan HAWANA 2023 bagi membantu pengamal media dan bekas pengamal media yang berdepan kesukaran, termasuk menerusi bantuan kewangan, kos rawatan perubatan serta kebajikan keluarga.

Majlis Kemuncak HAWANA 2026 yang bertemakan “Media Berintegriti, Teras Kredibiliti” menghimpunkan lebih 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai; serta Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Sambutan kali ini turut disertai delegasi media dari Timor-Leste, Kemboja dan Laos, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama media serantau.

Tags: HAWANAKedah GazetteMedia Gazette
Previous Post

Fahmi Mahu Permukiman Media Jadi Acara Tetap HAWANA

Next Post

Pelantikan Nallini perkukuh imej Majlis Media Malaysia – PM

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
Malaysia

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

by Abu Ammar
July 10, 2026
Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu
Malaysia

Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

by Abu Ammar
July 10, 2026
PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak
Malaysia

PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak

by Abu Ammar
July 8, 2026
Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027
Malaysia

Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027

by Abu Ammar
July 8, 2026
Kerajaan tanggung hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun
Malaysia

Kerajaan tanggung hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun

by Abu Ammar
July 8, 2026
Next Post
Pelantikan Nallini perkukuh imej Majlis Media Malaysia – PM

Pelantikan Nallini perkukuh imej Majlis Media Malaysia – PM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027

Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027

July 8, 2026
Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan

Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan

July 11, 2026
UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Asean Bakat Madani bukit kayu hitam Diesel bersubsidi e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Kematangan Politik Korban kriptologi Krisis bekalan global Kuasai AI lapan cedera Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Liga Kedah Majlis Ilmu Madani Majlis Media Malaysia Media Gazette Memorial Negarawan MMM Myvi orang asli PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Petronas PM Singapura Politik perkauman PRN PRU16 Rasuah Rusia Sadao Tuanku Muhriz Turkmenistan UniMAP UPSI UUM Wartawan
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Laluan Bukit Kayu Hitam-Sadao Pemangkin Pertumbuhan Negeri Sempadan
  • Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
  • Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.