• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Lain-Lain

Pemandu Myvi tersepit, lapan cedera nahas tiga kenderaan

Abu Ammar by Abu Ammar
June 28, 2026
in Lain-Lain
0
Pemandu Myvi tersepit, lapan cedera nahas tiga kenderaan
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang wanita mengalami kecederaan separa kritikal selepas tersepit di tempat duduk pemandu sebuah Perodua Myvi dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 94 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.56 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah lori tujuh tan, Perodua Myvi dan Toyota Noah, mengakibatkan lapan individu cedera dengan tujuh daripadanya mengalami kecederaan ringan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak bergegas ke lokasi.

Menurutnya, jentera bomba tiba di lokasi kira-kira jam 9.14 pagi dan mendapati pemandu Perodua Myvi, seorang wanita berusia 56 tahun, tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu dan kaki serta dikategorikan sebagai cedera separa kritikal.

“Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat khas (rescue tools) dengan kaedah SAVER untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, seorang lagi penumpang Perodua Myvi, remaja perempuan berusia 16 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya, lori terbabit dinaiki dua lelaki, termasuk seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an, yang turut mengalami kecederaan ringan.

“Toyota Noah pula dinaiki empat individu iaitu seorang lelaki berusia 41 tahun dan tiga wanita berusia antara 45 hingga 49 tahun. Kesemua mereka hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Menurutnya, dua mangsa yang menaiki Perodua Myvi dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani menggunakan kenderaan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) JBPM.

“Dua mangsa yang menaiki lori dibawa oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala empat mangsa Toyota Noah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan orang awam,” katanya.

Beliau berkata, selepas semua mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar mendapatkan rawatan, anggota bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan bagi memastikan laluan selamat digunakan.

Operasi yang turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.05 pagi.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tags: Kedah Gazettelapan cederaMedia GazetteMyvi
Previous Post

Universiti bukan lubuk rasuah tapi berisiko

Next Post

25,000 individu bakal manfaat Bakat MADANI

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
Lain-Lain

Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan

by Abu Ammar
July 30, 2026
UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
Lain-Lain

UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global

by Abu Ammar
July 23, 2026
Universiti bukan lubuk rasuah tapi berisiko
Lain-Lain

Universiti bukan lubuk rasuah tapi berisiko

by Abu Ammar
June 25, 2026
Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai
Lain-Lain

Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai

by Ammar Haziq
June 7, 2026
Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah
Lain-Lain

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

by Ammar Haziq
June 7, 2026
Next Post
25,000 individu bakal manfaat Bakat MADANI

25,000 individu bakal manfaat Bakat MADANI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

May 7, 2026
UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara

UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara

July 21, 2026
Dunia perlu kepimpinan berwawasan, bukan sekadar kuasa – PM

Dunia perlu kepimpinan berwawasan, bukan sekadar kuasa – PM

June 10, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam coding Diesel bersubsidi Dirempuh e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global lapan cedera Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz UniMAP UPSI UUM Wartawan Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
  • UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
  • Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.