• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak

Abu Ammar by Abu Ammar
July 8, 2026
in Malaysia
0
PTB UPSI sumbang 200 naskhah buku agama kepada dua institusi di Perak
0
SHARES
71
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG MALIM – Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyumbangkan 200 naskhah buku agama kepada Teratak Dusun Al-Barakah di Sungkai dan Pondok Muallim di Slim River sebagai usaha memperluaskan akses masyarakat kepada bahan bacaan berkualiti serta menyemarakkan budaya membaca.

Ketua Pustakawan UPSI, Noriha Muhammad berkata program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan PTB dalam memastikan manfaat ilmu tidak hanya tertumpu kepada warga universiti, sebaliknya dapat dikongsi bersama masyarakat melalui pelbagai inisiatif yang berimpak.

“Perpustakaan bukan sekadar tempat menghimpunkan koleksi bahan bacaan, malah berperanan sebagai institusi yang menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Melalui sumbangan ini, kami berharap lebih ramai dapat menikmati akses kepada bahan bacaan yang berkualiti serta menjadikan amalan membaca sebagai budaya dalam kehidupan seharian,” katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Beliau berkata usaha itu juga selaras dengan hasrat UPSI untuk memperkasa pembelajaran sepanjang hayat dan menyokong pembangunan modal insan berilmu menerusi jalinan kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan serta komuniti.

“Setiap buku yang disumbangkan membawa nilai ilmu yang mampu memberi manfaat berpanjangan. Kami berharap bahan bacaan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar dan warga institusi dalam memperkukuh pengetahuan, khususnya dalam bidang agama, sekali gus melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu,” katanya.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan PTB, Mohd. Razalli Ahmad Termizi bersama warga Bahagian Pembangunan Teknikal (BPT) dalam program tanggungjawab sosial (CSR) yang bertujuan menyokong pembangunan ilmu, pembentukan sahsiah dan penghayatan nilai murni melalui amalan membaca.

Mohd. Razalli berkata setiap naskhah yang disumbangkan bukan sekadar bahan bacaan, sebaliknya menjadi medium penyebaran ilmu yang mampu memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.

“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menyokong proses pembelajaran, di samping menyemai budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Teratak Dusun Al-Barakah, Ustaz Ezzul Hafiz, menyifatkan sumbangan berkenaan sebagai inisiatif yang amat bermakna dalam membantu pelajar menambah pengetahuan dan memperkukuh penguasaan ilmu agama
.
“Buku-buku yang diterima ini pastinya dapat dimanfaatkan oleh para pelajar untuk menambah pengetahuan serta memperkukuh usaha mereka dalam mendalami ilmu agama,” katanya.

Sementara itu, Mudir Pondok Muallim, Mohd. Tarmizi Abdul Rahman pula berkata sumbangan itu akan memperkaya koleksi bahan bacaan di institusi berkenaan, sekali gus memberi nilai tambah kepada para pelajar dan warga pondok.

Tags: Kedah GazetteMedia GazetteUPSI
Previous Post

Kerajaan perkenal tempoh pengakuan sukarela e-Invois hingga akhir 2027

Next Post

Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur
Malaysia

Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

by Abu Ammar
July 23, 2026
Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah
Malaysia

Pemuda UMNO Pokok Sena usul AI, coding diperkasa di sekolah

by Abu Ammar
July 23, 2026
101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar
Malaysia

101 pelajar selamat, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar

by Abu Ammar
July 21, 2026
MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK
Malaysia

MMM sambut baik RUU Kebebasan Maklumat dirujuk kepada JKPK

by Abu Ammar
July 14, 2026
Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda
Malaysia

Tekad selesai isu rumah generasi kedua Felda

by Abu Ammar
July 10, 2026
Next Post
Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk MMM dahulu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Umat Islam perlu kuasai AI, teknologi baharu elak terus ketinggalan 

Umat Islam perlu kuasai AI, teknologi baharu elak terus ketinggalan 

June 6, 2026
Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah

Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah

May 7, 2026
TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta

TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta

June 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar Bakat Madani bukit kayu hitam coding Diesel bersubsidi Dirempuh e-invois Emas Felda Ganja HAWANA Hutang FELDA Kedah Gazette Korban kriptologi Krisis bekalan global lapan cedera Liga Kedah Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Myvi PBMK Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM Politik perkauman PRU16 PSM Rasuah Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah Tuanku Muhriz UniMAP UPSI UUM Wartawan Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • Tapisan 5,000 pelarian Rohingya untuk dihantar pulang ke Myanmar sedang dijalankan
  • UUM perkasa transformasi pendidikan digital, sedia perluas akses pembelajaran global
  • Cucu maut dirempuh lori dipandu datuk ketika mengundur

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.