• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Dunia

Aktivis Sumud Flotilla Ditahan: Tindakan Israel Disifatkan Bacul

sysniaga@gmail.com by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
in Dunia
0
Aktivis Sumud Flotilla Ditahan: Tindakan Israel Disifatkan Bacul
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan rejim Zionis Israel yang menahan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla di perairan antarabangsa.

Beliau berkata, tindakan itu jelas tidak berperikemanusiaan dan bertujuan menghalang usaha menyalurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang terus berdepan penderitaan akibat konflik berpanjangan.

Menurutnya, beliau telah berhubung dengan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Dato’ Dr. Sani Araby bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden berkenaan.

“Ternyata rejim Zionis Israel sanggup bertindak bacul dan gila apabila menahan aktivis Global Sumud Flotilla di perairan antarabangsa semata-mata mahu menghentikan misi kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Gaza.

“Tindakan ini langsung tidak boleh diterima dan mencerminkan sikap tidak berperikemanusiaan terhadap usaha bantuan kemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan MADANI tidak akan berdiam diri dan sedang bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan semua aktivis yang ditahan dibebaskan segera.

“Kepada keluarga para aktivis, saya titipkan salam penuh kekuatan.

“Kerajaan MADANI tidak akan berdiam diri, kita sedang bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan semua yang ditahan dibebaskan dengan segera,” katanya.

Anwar turut menyifatkan insiden itu sebagai satu ujian besar terhadap nilai kemanusiaan sejagat dan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil pendirian tegas.

“Ini adalah saat yang menguji nurani kita sebagai manusia.
“Kita berdoa agar segala urusan dipermudah, mereka dilindungi daripada sebarang malapetaka, dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Terdahulu, laporan menyebut beberapa aktivis antarabangsa yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ditahan oleh pihak Israel ketika dalam perjalanan membawa bantuan ke Gaza.

Previous Post

Isu harga barang peniaga kecil dibawa ke Kabinet

Next Post

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

sysniaga@gmail.com

sysniaga@gmail.com

Related Posts

Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik
Dunia

Petronas, Turkmenistan meterai kerjasama strategik

by Ammar Haziq
June 20, 2026
Malaysia perlu lebih berani teroka pasaran Rusia
Dunia

Malaysia perlu lebih berani teroka pasaran Rusia

by Ammar Haziq
June 19, 2026
Dunia perlu kepimpinan berwawasan, bukan sekadar kuasa – PM
Dunia

Dunia perlu kepimpinan berwawasan, bukan sekadar kuasa – PM

by Ammar Haziq
June 10, 2026
AI berisiko jadi bentuk baharu penjajahan digital – PM
Dunia

AI berisiko jadi bentuk baharu penjajahan digital – PM

by Ammar Haziq
June 10, 2026
PM Singapura puji semangat umat Islam hadapi cabaran korban
Dunia

PM Singapura puji semangat umat Islam hadapi cabaran korban

by Media Gazette
June 1, 2026
Next Post
Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

May 7, 2026
Pecah tiga kotak kaca, empat lelaki kebas barang kemas hampir RM1 juta

Pecah tiga kotak kaca, empat lelaki kebas barang kemas hampir RM1 juta

September 17, 2026
PM sumbang lapan lembu korban untuk 2,000 Orang Asli Tambun

PM sumbang lapan lembu korban untuk 2,000 Orang Asli Tambun

June 1, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar barang kemas bukit kayu hitam Buli coding Dirempuh e-invois Felda Feri berlanggar HAWANA Hilang Kedah Gazette Korban kpm Krisis bekalan global KRT Kuasai AI Langkawi Lemas dalam longkang Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Nenek jumpa cucu PEKA Penjara Politeknik PSM Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah terbaring di dewan UMNO Kedah UPSI Usia 102 tahun UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
  • Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut
  • AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.