• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Lain-Lain

NGO perlu dipantau ketat, PM mahu elak seleweng dana

sysniaga@gmail.com by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
in Lain-Lain
0
NGO perlu dipantau ketat, PM mahu elak seleweng dana
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Kerajaan bercadang memperketat peraturan terhadap badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan dana yang dikutip tidak disalahgunakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu termasuk pemantauan lebih rapi ke atas perbelanjaan melibatkan badan kebajikan, khairat kematian, yayasan serta pertubuhan kemanusiaan.

Menurutnya, pendaftar syarikat juga perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memastikan setiap NGO mengemukakan laporan yang telus dan mematuhi garis panduan ditetapkan.

“Saya sedang meneliti perkara ini dan semua NGO perlu ikut kaedah lebih ketat kerana penyelewengan dilihat semakin berleluasa.

“Ada yang kutip derma di masjid kononnya untuk Palestin, tetapi bantuan itu tidak sampai. Jadi kita perlu pastikan ada pengawasan supaya dana tidak disalah guna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi ramah mesra bersama warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan pelajar Tingkatan Enam di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat kes sebelum ini membabitkan NGO yang mengumpul dana atas nama kebajikan, namun sebahagiannya digunakan untuk tujuan peribadi.

“Kalau kutip RM100 juta, mungkin hanya RM20 juta sampai kepada sasaran, selebihnya digunakan sebagai kos atau tujuan lain. Ini tidak boleh dibiarkan,” katanya.

Menurutnya, modus operandi segelintir pihak termasuk mengutip derma di tempat awam dengan alasan membantu rakyat Palestin, namun wang berkenaan tidak disalurkan sepenuhnya.

Sehubungan itu, kerajaan akan meneliti mekanisme terbaik bagi memastikan setiap kutipan dana dipantau dengan lebih telus dan berintegriti.
Terdahulu, kes membabitkan penyelewengan dana jutaan ringgit oleh individu berkaitan NGO turut mendapat perhatian apabila disiasat pihak berkuasa.

Beliau menegaskan semua pihak perlu dipertanggungjawabkan bagi memastikan kepercayaan orang ramai terhadap badan kebajikan tidak terjejas.

Previous Post

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

Next Post

Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

sysniaga@gmail.com

sysniaga@gmail.com

Related Posts

No Content Available
Next Post
Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

NGO perlu dipantau ketat, PM mahu elak seleweng dana

NGO perlu dipantau ketat, PM mahu elak seleweng dana

May 7, 2026
Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

May 7, 2026
KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025

KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Recent Posts

  • Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200
  • UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara
  • UUM bantu jana ekonomi komuniti di empat Kem ATM dengan projek bernilai RM570,000

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.