• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Jenayah

Lelaki Tidak Mengaku Pukul Isteri Guna Pelbagai Objek

sysniaga@gmail.com by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
in Jenayah
0
Lelaki Tidak Mengaku Pukul Isteri Guna Pelbagai Objek
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen Sungai Petani pada Khamis atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya menggunakan pelbagai objek dalam kejadian berasingan di Bandar Amanjaya, di sini.

Tertuduh, Rosmaini Abdul Raof, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Nurfitri Moktar, 39, menggunakan kerusi plastik dan getah paip di sebuah rumah kira-kira jam 5 petang pada 29 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi mencederakan mangsa menggunakan penyangkut baju dan penyangkut besi di lokasi sama kira-kira jam 9 pagi pada 23 April lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ruzanna Abdul Rahim.

Dalam prosiding sama, pihak pendakwaan memaklumkan tertuduh tidak boleh dijamin kerana sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bagi kes lain.

Bagaimanapun, peguam bela memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai dua isteri dan menanggung 11 anak termasuk tujuh yang masih bersekolah.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang juga penjawat awam mengalami kecederaan parah selepas dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa keguguran kandungan berusia 12 minggu.

Suspek kemudian ditahan polis di sekitar Alor Setar selepas dipercayai melarikan diri sejurus kejadian.

Polis turut mengesahkan tertuduh adalah individu sama yang pernah disabitkan kesalahan memukul isteri dalam satu kes di Johor Bahru pada tahun 2021.

Previous Post

Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah

Next Post

UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

sysniaga@gmail.com

sysniaga@gmail.com

Related Posts

Nenek bergegas ke sekolah, cucu ditemui terbaring di dewan
Jenayah

Nenek bergegas ke sekolah, cucu ditemui terbaring di dewan

by Abu Ammar
October 3, 2026
Pecah tiga kotak kaca, empat lelaki kebas barang kemas hampir RM1 juta
Jenayah

Pecah tiga kotak kaca, empat lelaki kebas barang kemas hampir RM1 juta

by Abu Ammar
September 17, 2026
Bawa anak depan, isteri belakang ketika ‘wheelie’, lelaki ditahan polis
Jenayah

Bawa anak depan, isteri belakang ketika ‘wheelie’, lelaki ditahan polis

by Abu Ammar
July 23, 2026
Penuntut IPTS Berdepan Hukuman Mati Edar Ganja Bernilai RM1.17 Juta
Jenayah

Penuntut IPTS Berdepan Hukuman Mati Edar Ganja Bernilai RM1.17 Juta

by Abu Ammar
June 25, 2026
Next Post
UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

PM sumbang lapan lembu korban untuk 2,000 Orang Asli Tambun

PM sumbang lapan lembu korban untuk 2,000 Orang Asli Tambun

June 1, 2026
“Masuk Dulu, Kami Bantu” – UniMAP Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

“Masuk Dulu, Kami Bantu” – UniMAP Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

June 6, 2026
Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

July 8, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar barang kemas bukit kayu hitam Buli coding Dirempuh e-invois Felda Feri berlanggar HAWANA Hilang Kedah Gazette Korban kpm Krisis bekalan global KRT Kuasai AI Langkawi Lemas dalam longkang Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Nenek jumpa cucu PEKA Penjara Politeknik PSM Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah terbaring di dewan UMNO Kedah UPSI Usia 102 tahun UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
  • Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut
  • AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.