• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Lain-Lain

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

Ammar Haziq by Ammar Haziq
June 7, 2026
in Lain-Lain
0
Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah
0
SHARES
44
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK –  Impian pelajar asnaf dan golongan B40 di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk bergelar akauntan bertauliah kini berada di landasan tepat.

Laluan emas ini terbuka luas susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dan TYMBA Education Group (TYMBA) hari ini, yang antara lain bertujuan meruntuhkan tembok kekangan kewangan yang sering menjadi penghalang utama pelajar kurang berkemampuan untuk mengambil lesen profesional.

Majlis yang berlangsung di Balai Tamu, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin itu bakal menyaksikan integrasi strategik dalam menyediakan platform latihan dan peperiksaan badan profesional terkemuka dunia seperti ACCA (Association of Chartered Certified Accountants), MICPA (Malaysian Institute of Certified Public Accountants), ICAEW (Institute of Chartered Accountants in England and Wales) atau CIMA (Chartered Institute of Management Accountants).

Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed menegaskan, kolaborasi ini adalah bukti komitmen universiti dalam melonjakkan kebolehpasaran graduan, khususnya menerusi Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) yang sememangnya diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Kami memahami kos peperiksaan profesional adalah tinggi dan ia sering menjadi igauan buat pelajar B40 dan asnaf. Oleh itu, universiti kini sedang meneliti mekanisme penajaan yang inklusif, termasuk menyalurkan dana zakat bagi membiayai lesen profesional mereka.

“Kita mahu memastikan kekangan wang tidak lagi menjadi alasan untuk mereka gagal bersaing dalam pasaran kerja yang kompetitif,” katanya.

Langkah ini juga dilihat sebagai sokongan padu UUM terhadap aspirasi negara yang meletakkan sasaran untuk melahirkan 60,000 akauntan profesional pada masa hadapan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TYMBA Education Group, Airil Razali berkata, pemeteraian MoU tersebut merupakan kesinambungan kepada hubungan kerjasama yang telah terjalin antara TYMBA dan TISSA-UUM sejak hampir setahun lalu.

Menurutnya, TYMBA yang merupakan pusat pendidikan perakaunan profesional global komited membantu pelajar perakaunan dari peringkat awal pengajian di universiti sehingga melangkah ke alam pekerjaan, khususnya golongan asnaf dan Bumiputera B40.

Katanya, TYMBA bersedia menawarkan pelbagai bentuk tajaan dan sokongan kepada pelajar bagi memastikan mereka bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian, malah mampu memperoleh kelayakan profesional dan seterusnya menjadi akauntan bertauliah yang memenuhi keperluan industri.

“Matlamat kami adalah untuk membantu dan membimbing pelajar perakaunan dari peringkat universiti sehingga mereka berjaya membina kerjaya dalam industri serta menjadi akauntan bertauliah dan profesional yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri; Ketua Pegawai Eksekutif TYMBA Education Group, Airil Razali; Penasihat Undang-Undang Universiti, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohamed; Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Prof. Madya Dr. Raja Haslinda Raja Mohd. Ali; serta pegawai kanan universiti.

Tags: Kedah GazetteMedia GazettePelajar asnafperakaunan UUMUUM
Previous Post

“Masuk Dulu, Kami Bantu” – UniMAP Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

Next Post

Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Ammar Haziq

Ammar Haziq

Related Posts

Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai
Lain-Lain

Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai

by Ammar Haziq
June 7, 2026
“Masuk Dulu, Kami Bantu” – UniMAP Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan
Lain-Lain

“Masuk Dulu, Kami Bantu” – UniMAP Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

by Ammar Haziq
June 6, 2026
PM tinjau pusat kriptologi negara, saksikan penubuhan CSCDC
Lain-Lain

PM tinjau pusat kriptologi negara, saksikan penubuhan CSCDC

by Ammar Haziq
June 6, 2026
Umat Islam perlu kuasai AI, teknologi baharu elak terus ketinggalan 
Lain-Lain

Umat Islam perlu kuasai AI, teknologi baharu elak terus ketinggalan 

by Ammar Haziq
June 6, 2026
NGO perlu dipantau ketat, PM mahu elak seleweng dana
Lain-Lain

NGO perlu dipantau ketat, PM mahu elak seleweng dana

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Draf pindaan Akta MARA siap tiga bulan

Draf pindaan Akta MARA siap tiga bulan

May 7, 2026
Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

Ribuan ‘Serbu’ Dataran Jam Besar, DARE 8 Hidupkan Nostalgia Kedah Tua

May 7, 2026
UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Kedah Gazette Korban kriptologi Kuasai AI Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Majlis Ilmu Madani MCMC Media Gazette meninggal dunia orang asli Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM PM Singapura PRU16 Tuanku Muhriz TVET 2.0 UniMAP UUM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Recent Posts

  • Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai
  • TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta
  • Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.