• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Politik

Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

Abu Ammar by Abu Ammar
July 7, 2026
in Politik
0
Anwar ajak anak muda tolak politik perkauman pada PRN Johor

89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 84 101 109 117 32 65 110 119 97 114 32 100 97 110 32 80 101 108 97 110 99 97 114 97 110 32 83 117 107 97 114 101 108 97 119 97 110 32 68 85 78 32 66 117 107 105 116 32 78 97 110 105 110 103 32 100 105 32 77 117 97 114 44 32 74 111 104 111 114 46 32 53 32 74 85 76 65 73 32 50 48 50 54 46 32 70 65 84 72 32 82 73 90 65 76 47 80

0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa golongan muda menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai medan memilih kepimpinan yang mampu menjamin masa depan rakyat, bukannya dipengaruhi politik berasaskan kaum.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, generasi muda perlu menilai pemimpin berdasarkan kemampuan menyelesaikan isu yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat seperti pendidikan, peluang pekerjaan dan pembangunan negeri.

Menurutnya, politik yang sengaja meniupkan sentimen perkauman hanya menguntungkan pihak tertentu, sedangkan rakyat terus berdepan pelbagai cabaran.

“Jangan mudah dipengaruhi dengan politik yang menakut-nakutkan rakyat mengikut kaum. Kita bergaduh sesama sendiri, tetapi ada pihak lain yang mengambil kesempatan.

“Anak Melayu, Cina dan India perlu bangkit menentukan masa depan sendiri. Inilah masanya kita membuat pilihan. Siapa yang dipilih, anda yang tentukan. Jangan terus ditipu dengan sistem politik yang bobrok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Temu Anwar dan Pelancaran Sukarelawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning di sini. 

Hadir sama calon PH bagi DUN Simpang Jeram, Nazri Abd Rahman dan calon PH bagi DUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni.

Anwar turut menyifatkan kehadiran golongan muda pada program itu sebagai sesuatu yang luar biasa dan mencerminkan kesedaran tinggi dalam kalangan mereka untuk membawa perubahan.

“Saya sudah berkempen lebih 10 tahun, tetapi sambutan hari ini cukup luar biasa. Ini menunjukkan kesedaran anak muda semakin meluas.

“Saya harap mereka terus turun ke kampung, lorong dan setiap kawasan untuk menyampaikan mesej perubahan serta mengajak rakyat bersama-sama membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

PRN Johor menyaksikan seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi DUN, dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai.

Tags: Kedah GazetteMedia GazettePolitik perkauman
Previous Post

16 Pasukan Berentap, Liga Kedah 2026 Cetus Misi Juara PERR

Next Post

Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

Abu Ammar

Abu Ammar

Related Posts

UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi
Politik

UMNO Kedah sudah ada bayangan awal kerjasama hasil pertemuan tidak rasmi dengan Sanusi

by Abu Ammar
September 16, 2026
Kematangan Politik Benteng Perpaduan Negara – PM
Politik

Kematangan Politik Benteng Perpaduan Negara – PM

by Ammar Haziq
June 18, 2026
PM tegur politik ketepi fakta isu bekalan global
Politik

PM tegur politik ketepi fakta isu bekalan global

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

Sri Semantan buka cawangan ke-18 di Sungai Petani

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta

TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta

June 7, 2026
Bawa anak depan, isteri belakang ketika ‘wheelie’, lelaki ditahan polis

Bawa anak depan, isteri belakang ketika ‘wheelie’, lelaki ditahan polis

July 23, 2026
UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Browse by Tags

AI Anwar Ibrahim Asrama terbakar barang kemas bukit kayu hitam Buli coding Dirempuh e-invois Felda Feri berlanggar HAWANA Hilang Kedah Gazette Korban kpm Krisis bekalan global KRT Kuasai AI Langkawi Lemas dalam longkang Majlis Media Malaysia Media Gazette MMM Nenek jumpa cucu PEKA Penjara Politeknik PSM Rohingya RUU Kebebasan Maklumat Sadao Saifuddin Nasution sanusi Sepak takraw Taruhan bola Temasya Orang Kedah terbaring di dewan UMNO Kedah UPSI Usia 102 tahun UUM Wartawan wau gergasi Wheelie
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular
  • Uncategorized

Recent Posts

  • UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
  • Dua hari hilang, live location terakhir bongkar penemuan lelaki 60 tahun ditemui maut
  • AI bukan lagi milik pakar teknologi, 111 peserta sertai bengkel di Langkawi

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.