• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Lain-Lain

Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai

Ammar Haziq by Ammar Haziq
June 7, 2026
in Lain-Lain
0
Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah diitemukan meninggal dunia di dalam Sungai Teluk Bagan di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa Datuk Mohd Jamil Md Idross, 78, adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor pada tahun 1995-1999 dan 2004 hingga 2008 dari UMNO selain Timbalan Speaker DUN Ke 14 pada 2018 hingga 2023.

Beliau berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima makluman awal dari keluarga mangsa disyaki terjatuh ke dalam sungai.

“Pihak keluarga memaklumkan kali terakhir melihat mangsa malam tadi kira-kira jam 11.30 malam dan menyedari mangsa tiada di rumah pada jam 5 pagi tadi. Ahli keluarga mengesyaki mangsa terjatuh ke dalam Sungai Teluk Bagan kerana menemui selipar mangsa berhampiran sungai berkenaan.

“Mangsa ditemui sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja pada jam 8.10 pagi tadi dan lokasi mangsa ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh (tempat selipar dijumpai),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Syed Basri berkata, mangsa dipercayai baru keluar dari hospital ebih kurang sebulan lalu dan mempunyai sejarah penyakit kronik iaitu kencing manis dan darah tinggi.

Beliau berkata, mangsa juga menerima rawatan akibat jangkitan kuman di paru-paru.

“Mangsa tinggal bersama isteri dan dua orang anak perempuan yang berusia 29 tahun dan 27 tahun di Taman Bagan Indah, Jalan Tandop, di sini.

“Siasatan lanjut masih dilakukan untuk mengetahui bagaimana mangsa boleh terjatuh ke dalam sungai berkenaan dan keluarga mangsa mengesahkan mangsa tidak mengalami kemurungan atau sejarah psikiatri,” katanya.

Syed Basri berkata, siasatan awal mendapati rutin harian mangsa, dia akan mengubah kenderaan di dalam kawasan rumah ke kawasan luar rumah (berhampiran sungai) di sebelah rumahnya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati terdapat sebuah kereta jenis Perodua Kancil bewarna putih yang dipercayai telah diubah oleh mangsa berhampiran sungai di lokasi kejadian.

“Turut dijumpai sepasang selipar disahkan milik mangsa juga di lokasi kejadian.

“Pengawai Penyiasat Kanan dan Pegawai Penyiasat Jenayah turut berada di lokasi kejadian bersama Ketua Polis Balai Alor Setar.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Syed Basri berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tags: Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) KedahKedah GazetteMedia Gazettemeninggal dunia
Previous Post

TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta

Ammar Haziq

Ammar Haziq

Related Posts

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah
Lain-Lain

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

by Ammar Haziq
June 7, 2026
“Masuk Dulu, Kami Bantu” – UniMAP Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan
Lain-Lain

“Masuk Dulu, Kami Bantu” – UniMAP Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

by Ammar Haziq
June 6, 2026
PM tinjau pusat kriptologi negara, saksikan penubuhan CSCDC
Lain-Lain

PM tinjau pusat kriptologi negara, saksikan penubuhan CSCDC

by Ammar Haziq
June 6, 2026
Umat Islam perlu kuasai AI, teknologi baharu elak terus ketinggalan 
Lain-Lain

Umat Islam perlu kuasai AI, teknologi baharu elak terus ketinggalan 

by Ammar Haziq
June 6, 2026
NGO perlu dipantau ketat, PM mahu elak seleweng dana
Lain-Lain

NGO perlu dipantau ketat, PM mahu elak seleweng dana

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

Pelajar asnaf bidang perakaunan UUM dibantu jadi akauntan bertauliah

June 7, 2026
Aktivis Sumud Flotilla Ditahan: Tindakan Israel Disifatkan Bacul

Aktivis Sumud Flotilla Ditahan: Tindakan Israel Disifatkan Bacul

May 7, 2026
Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

June 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Kedah Gazette Korban kriptologi Kuasai AI Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Majlis Ilmu Madani MCMC Media Gazette meninggal dunia orang asli Pelajar asnaf pelajar miskin perakaunan UUM PM Singapura PRU16 Tuanku Muhriz TVET 2.0 UniMAP UUM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Recent Posts

  • Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah Ditemukan Lemas Dalam Sungai
  • TVET 2.0 Terima Suntikan RM50 Juta
  • Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.